LOGIN STR : FASA 2 2025 SEMAKAN STATUS ONLINE
Kumpulan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang layak dipilih adalah terdiri daripada golongan berpendapatan rendah (B40) dan berpendapatan sederhana (M40) yang juga merangkumi hampir 60 peratus (%) daripada rakyat berusia dewasa di Malaysia.
Bagaimanakah semakan status STR fasa 2? Ketahui info yang lebih lanjut sehingga bawah.
BACA JUGA : MYKASIH CHECK 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN
TARIKH STR FASA 2 MULA DIBAYAR
Tarikh bayaran Fasa 2 Sumbangan Tunai Rahmah dianggarkan seperti berikut:
| PERKARA | TARIKH BAYARAN |
| Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 | Mulai 3 April dan berperingkat |
JUMLAH BAYARAN STR FASA 2 2025
Jumlah bayaran Fasa 2 Sumbangan Tunai Rahmah adalah bergantung kepada kategori penerima seperti berikut:
- KATEGORI ISI RUMAH
| ISI RUMAH B40 PENDAPATAN BAWAH RM2,500 | ISI RUMAH M40 PENDAPATAN BAWAH RM5,000 |
| RM150 hingga RM650 (tertakluk bilangan anak) | RM100 hingga RM300 (tertakluk bilangan anak) |
- KATEGORI BUJANG
| BUJANG/BALU/DUDA/JANDA UMUR 21 HINGGA 59 TAHUN | BUJANG/BALU/DUDA/JANDA UMUR HINGGA 59 TAHUN |
| RM150 | RM150 |
KAEDAH BAYARAN STR FASA 2 2025
Sumbangan Tunai Rahmah Fasa (2) adalah melalui dua (2) kaedah, iaitu:
| PENERIMA ADA AKAUN BANK | PENERIMA TIADA AKAUN BANK |
| Dikreditkan terus kedalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa mengemukakan permohonan STR. | Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak. |
PAUTAN RASMI LOGIN STR
Untuk semakan online hanya boleh dibuat melalui pautan rasmi berikut:
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
| Sumbangan Tunai Rahmah | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
PANDUAN LOGIN SEMAKAN STATUS STR FASA 2 2025 ONLINE
Ikuti cara-cara semakan status seperti berikut:
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di atas.
- Halaman utama Portal Rasmi akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber yang sahih di:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025%20FASA%201.pdf