SOLAT ISTIKHARAH MINTA PETUNJUK : CARA NIAT & DOA PANDUAN LENGKAP
Solat sunat istikharah adalah solat yang dilakukan untuk memohon petunjuk daripada Allah SWT ketika seseorang sedang dalam keraguan atau kebimbangan dalam membuat keputusan. Ia adalah cara untuk mendapatkan bimbingan dan kepastian dari Allah mengenai pilihan yang terbaik.
Bagaimanakah Cara semak Solat Istikharah? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.
BACA JUGA : BORANG PERMOHONAN SKIM AIR DARUL EHSAN : BIL PERCUMA SETIAP BULAN (SADE)
APA HUKUM SOLAT ISTIKHARAH MINTA PETUNJUK
Bagi pengetahuan semua, Hukum Solat Istikharah adalah seperti berikut :
| PERKARA | HUKUM |
|---|---|
| Solat Istikharah | Sunat |
Solat sunat Istikharah sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu malam (qiamullail) bersama-sama solat tahajjud dan solat taubat.
CARA MENGERJAKAN SOLAT ISTIKHARAH MINTA PETUNJUK
Mengerjakan Solat Istikharah sangat mudah iaitu seperti berikut :
- Niat : Usolli sunnatal istikharati rak’ataini lillahi taala (أصلي سنة الإستخارة ركعتين لله تعالى)
- Rakaat yang pertama selepas membaca al-Fatihah seperti biasa, anda boleh membaca surah al-Kafirun atau mana-mana surah pilihan
- Rakaat yang kedua selepas membaca al-Fatihah, anda boleh membaca surah al-Ikhlas atau mana-mana surah pilihan
- Setelah selesai solat, berdoalah dengan doa yang telah diajarkan oleh Nabi ataupun doa-doa yang sesuai seperti doa di bawah.

Sumber Rujukan : Pejabat MuftiWP
CARA DOA ISTIKHARAH YANG LENGKAP
Berikut merupakan Doa Istikharah yang lengkap :
Ya Allah, aku memohon petunjuk kepadaMu dengan ilmuMu, memohon ketetap dengan kekuasaanMu, dan aku memohon kurniaanMu yang sangat agung keranan sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali, Engkau mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib.
Ya Allah! Jika jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (SEBUTKAN SECARA LANGSUNG URUSAN YANG DIMAKSUDKAN) adalah sesuatu yang baik untukku dalam agamaku, kehidupanku dan akibat perbuatanku ini, atau ia baik untukku dalam masa terdekat atau masa hadapan, maka tetapkan ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku.
Berkatilah ditiku padanya kerana Engkau Maha Mengetahui (SEBUT SEPERTI SEBELUM INI).
Jika ia tidak baik untukku, jauhkanlah urusan itu dariku dan jauhkanlah aku darinya, serta tetapkanlah yang baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada.
Kemudian, jadilah aku orang yang redha dengan ketetapan tersebut.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Solat Istikharah yang lebih lanjut, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Jakim : 03-8870 7000
- Fax Jakim : 03-8870 7003
- Email : ukkjakim[at]islam.gov.my