BORANG PERMOHONAN SKIM AIR DARUL EHSAN : BIL PERCUMA SETIAP BULAN (SADE)
Bantuan Air Darul Ehsan, juga dikenali sebagai Skim Air Darul Ehsan (SADE), adalah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk menyediakan air percuma kepada isi rumah yang layak di Selangor.Program ini bertujuan untuk membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat dengan memberikan subsidi bil air secara langsung kepada akaun pengguna yang layak.
Bagaimanakah Cara Semak Permohonan Air Darul Ehsan? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.
BACA JUGA : MY50 PASS : CARA RENEW EWALLET TNG RAPIDKL (PANDUAN LENGKAP)
APA ITU SKIM AIR DARUL EHSAN
Skim Air Darul Ehsan (SADE) adalah program bantuan air percuma yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada warganegara Malaysia yang menetap di Selangor dengan pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah. Program ini bertujuan untuk memastikan rakyat yang layak mendapat akses kepada air bersih secara percuma setiap bulan.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN AIR SELANGOR 2025
Untuk melayakkan diri anda memohon Bantuan Skim Darul Ehsan (SADE) adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia dan menetap di Selangor.
- Pendapatan isi rumah RM5,000 ke bawahsebulan.
- Pemilik akaun air atau penyewa premis dengan bil air atas nama sendiri.
- Berdaftar dalam e-Kasih atau pernah menerima BSH/BPR/LHDN.
- Hanya satu permohonan untuk setiap kediaman.
CARA PERMOHONAN SKIM AIR DARUL EHSAN
Permohonan baharu boleh dilakukan seperti berikut :
- Ikuti Laman Sesawang Permohonan di : https://ssipr-daftar.selangor.gov.my/register.
- Log Masuk kedalam akaun jika anda sudah mempunyai akaun,
- Bagi yang belum mendaftar boleh tekan “Daftar akaun”,
- Masukkan nama serta email pemohon,
- Masukkan Identiti pemohon (IC) kedalam ruangan “No Identiti”,
- Masukkan kata laluan dan pengesahan kata laluan penerima,
- Tekan butang “Daftar”
- Selesai.
CARA SEMAKAN BORANG PERMOHONAN SKIM AIR DARUL EHSAN
Berikut merupakan cara semakan bagi permohonan Skim Air Selangor :
- Layari:https://www.airselangor.com
- Hubungi talian Air Selangor: 15300
- Atau emel ke:[email protected]
TARIKH AKHIR PERMOHONAN AIR SELANGOR
Berikut merupakan tarikh akhir dan juga peringatan penting :
| PERKARA | TARIKH |
|---|---|
| Tarikh Akhir Skim Air Darul Ehsan | Permohonan dibuka sepanjang tahun. Namun, permohonan yang lengkap dan disahkan sebelum 15 haribulan akan diproses untuk bulan semasa. |
Pastikan maklumat diberi adalah tepat dan dokumen dimuat naik dengan jelas.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SKIM AIR DARUL EHSAN, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hubungi Air Selangor : 15300