SENARAI BARANG MYKASIH ECONSAVE : SEMAKAN 2025 ONLINE
Terdapat lebih 1,200 Pasar raya dan Kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program pembelian tanpa tunai ini akan mempunyai infrastruktur sistem pembayaran MyKasih di dalam premis mereka di mana penerima dapat membuat pembayaran menggunakan Kad Pengenalan.
Bagaimanakah semak senarai barang mykasih econsave? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah sehingga akhir.
BACA JUGA : SEMAK EKASIH : 2025 ONLINE SEMAKAN SARA
APA ITU MYKASIH
MyKasih adalah program bantuan kerajaan yang menyediakan bantuan kewangan dalam bentuk kredit tanpa tunai untuk golongan B40 dan miskin tegar. Kredit ini dimasukkan ke dalam MyKad penerima dan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di pasar raya yang berdaftar.
TUJUAN MYKASIH DITUBUHKAN
Program MyKasih bertujuan untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat dengan memberi akses kepada barangan keperluan seperti makanan, produk kebersihan, dan keperluan rumah.Bantuan ini disalurkan melalui sistem tanpa tunai, memudahkan penerima untuk membeli barang keperluan di kedai yang bekerjasama dengan MyKasih.
SENARAI BARANG MYKASIH
Berikut merupakan senarai Barang MyKasih yang boleh dibeli dengan menggunakan kad pengenalan :
- Beras :
- Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
- Roti :
- Gardenia / Massimo / Mighty White.
- Telur :
- Nutriplus / QL eggs / CP.
- Minyak Masak :
- Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
- Tepung :
- Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
- Biskut :
- Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
- Mi segera :
- Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
- Minuman :
- Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
- Makanan dalam tin :
- Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
- Bahan perasa :
- Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
- Produk kebersihan :
- Colgate / Dettol / Kotex.
- Ubat-ubatan :
- Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam.
- Barangan persekolahan :
- Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler.
SEMAK BAKI MYKASIH 2025
Baki Bantuan MyKasih yang ada dalam kad pengenalan boleh disemak seperti berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA BELI BARANG SENARAI MYKASIH
Hanya penerima yang disahkan boleh membuat pembelian barangan MyKasih seperti berikut :
- Kunjungi kedai terpilih MyKasih yang berhampiran.
- Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli (berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga).
- Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Penerima perlu menukar nombor Pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor Pin baharu.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
- Pembayaran menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
- Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]