SEMAK EKASIH : 2025 ONLINE SEMAKAN SARA

SEMAK EKASIH : 2025 ONLINE SEMAKAN SARA

Golongan penerima dalam kategori miskin dan miskin tegar yang tersenarai dalam sistem eKasih akan turut menerima manfaat tambahan bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 bagi menyokong keperluan asas harian.

Bagaimanakah semak ekasih? Ikuti Info lanjut disini sehingga akhir artikel dibawah.

BACA JUGA : SEMAK BAKI MYKASIH : 2025 ONLINE

SEMAK APA ITU EKASIH

E-Kasih adalah sistem pangkalan data yang dibangunkan oleh kerajaan Malaysia untuk mengumpul maklumat mengenai individu dan keluarga yang tergolong dalam kategori miskin dan miskin tegar .Sistem ini bukan bantuan itu sendiri, tetapi ia merupakan alat yang digunakan oleh kerajaan untuk mengenal pasti individu yang layak menerima pelbagai jenis bantuan dan program kemiskinan.

SIAPA LAYAK EKASIH 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA eKasih:

  • Warganegara Malaysia;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Individu yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih secara automatik melalui MyKad untuk pembelian barangan keperluan asas di Kedai berdaftar.

MANFAAT EKASIH 2025

Kredit Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan melalui MyKad penerima, boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas
seperti makanan, produk kebersihan diri, ubat-ubatan, barangan kebersihan rumah dan peralatan sekolah
di pasar raya berdaftar berdekatan dengan pembayaran menggunakan kredit SARA (MyKad).

SEMAK SYARAT EKASIH 2025

Untuk memastikan anda lulus Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kategori eKasih adalah seperti berikut:

  1. Daftar Sistem eKasih di Portal eKasih: https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
  2. Setelah lulus pendaftaran sistem eKasih, permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) perlu dilakukan (pastikan anda lulus permohonan STR)
  3. Jika lulus STR, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan secara automatik ke MyKad anda.
  4. Selesai.

SEMAKAN STATUS EKASIH

Setelah Lulus eKasih dan STR, status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kategori eKasih boleh disemak seperti berikut:

  • Portal MyKasih;
  • Aplikasi MyKasih

Semak di Portal MyKasih

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, Klik [Semakan Status].
  5. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  6. Selesai.

Semak di aplikasi Mykasih

  1. Muat turun (Dowload) aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda melalui :
  2. Google Play (Bagi pengguna Android);
  3. App Store (Bagi pengguna iOS);
  4. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  5. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  6. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  7. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  8. Klik pada butang [Next] di bawah.
  9. Bayaran dan Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment