SEMAK BAKI MYKASIH : 2025 ONLINE

SEMAK BAKI MYKASIH : 2025 ONLINE

Baki kredit bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui MyKad penerima boleh digunakan sepanjang tahun untuk penerima membuat pembelian barangan asas. Sekiranya tidak digunakan dalam bulan berkenaan, baki tersebut akan dibawa ke bulan seterusnya sehingga 31 Disember 2025.

Bagaimanakah semak baki mykasih? Ikuti Info lanjut disini sehingga akhir artikel.

BACA JUGA : PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT : SEMAKAN 2025 ONLINE

SYARAT KELAYAKAN MYKASIH

Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  1. Warganegara Malaysia;
    • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)– Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
  2. Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
    • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025– Bukan eKasih;
  3. Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan kepada penerima secara automatik melalui MyKad penerima jika memenuhi syarat kelayakan ditetapkan.

JUMLAH SUMBANGAN BULANAN MYKASIH 2025

Kadar Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 seperti berikut:

  • LULUS STR DAN BERSTATUS EKASIH
KATEGORI PENERIMA
BERSTATUS EKASIH
AMAUN BAYARAN
SESI 1
(JANUARI-MAC)
AMAUN BAYARAN
SESI 2
(APRIL-DISEMBER)
ISI RUMAHRM100/BULANRM200/BULAN
WARGA EMAS TIADA
PASANGAN
RM100/BULANRM150/BULAN
BUJANGRM50/BULANRM50/BULAN
  • LULUS STR DAN BUKAN EKASIH
KATEGORI PENERIMAAMAUN BAYARAN
SESI 1
(JANUARI-MAC)
AMAUN BAYARAN
SESI 2
(APRIL-DISEMBER)
ISI RUMAHRM100/BULAN
WARGA EMAS
TIADA PASANGAN
RM50/BULAN

SEMAK BAKI MYKASIH 2025

Baki/Kredit SARA dalam MyKad boleh disemak melalui aplikasi MyKasih seperti berikut :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda
  2. atau Layari https://mykasih.com.my/mykasih-app/
  3. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  4. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  5. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  6. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  7. Klik pada butang [Next] di bawah.
  8. Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  9. Selesai.
SEMAK BAKI MYKASIH

MANFAAT BAKI MYKASIH 2025

Pengkreditan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui Mykad penerima secara bulanan sebanyak RM50, RM100, RM150, RM200 membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas seperti makanan, produk kebersihan diri, ubat-ubatan, barangan kebersihan rumah dan peralatan sekolah di pasar raya berdaftar berdekatan dengan pembayaran menggunakan kredit SARA melalui MyKad.

SEMAK CARA GUNA MYKASIH 2025

Penerima boleh menggunakan kredit SARA eKasih untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit seperti berikut:

  1. Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan 14 kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
  4. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  5. Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment