PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT : SEMAKAN 2025 ONLINE
Demi mengurangkan kadar kemiskinan tegar di negeri Sabah, Kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM358.5 juta disasarkan kepada seramai 100,000 ribu penerima yang layak dari semasa ke semasa selama tempoh 12 bulan pada tahun 2025.
Bagaimanakah semak program sentuhan kasih rakyat? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir artikel.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN SYUKUR SABAH : 2025 ONLINE
APA ITU PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT
“SYUKUR Sabah” adalah program bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sabah untuk membantu rakyat Sabah yang tergolong dalam golongan miskin dan miskin tegar.Tujuan utama program ini adalah untuk mengurangkan beban kewangan rakyat, terutamanya dalam memenuhi keperluan asas seperti makanan, dan untuk mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Sabah.Bantuan ini diberikan dalam bentuk tunai dan dibayar secara berkala, contohnya RM900 setiap tiga bulan.
SEMAK KADAR BAYARAN BANTUAN SABAH
Bantuan Sabah untuk fasa kedua (2) dibayar dengan kadar sebanyak berikut :
| GABUNGAN BANTUAN | KADAR BAYARAN |
|---|---|
| RM300 (April) + RM300 (Mei) + RM300 (Jun) | RM900 (Dibayar di fasa 2) |
CARA BAYARAN PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH
Bagi memudahkan penerima untuk menerima Bantuan Sentuhan Kasih rakyat, Kerajaan Sabah telah menyediakan tiga (3) jenis medium bayaran seperti berikut :
| BILANGAN | CARA BAYARAN |
|---|---|
| 1 | Dikreditkan dalam akaun bank penerima bagi yang mempunyai akaun bank |
| 2 | Diberikan secara tunai bagi yang tiada akaun bank |
| 3 | Dikreditkan dalam akaun e-Wallet dalam aplikasi YONO Superapp |
CARA SEMAK BANTUAN SABAH 2025
Layari pautan Portal Rasmi Bantuan Sabah di bawah untuk semakan status kelayakan penerima :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| SYUKUR SABAH “PADANS” | https://padans.sabah.gov.my |
Ikuti panduan semakan status kelayakan bantuan syukur Sabah seperti berikut :
- Pada halaman utama Portal Rasmi Bantuan Sentuhan Kasih rakyat Sabah, klik butang [Semak].
- Bahagian ‘Semakan Kelayakan’ akan dipaparkan.
- Makluman terkini Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Teruskan].
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan.
- Contoh : 890230114567.
- Kemudian, klik pada butang [Semak].
- Status kelayakan anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Program Sentuhan Kasih Rakyat : 088 338 338
- Talian WhatsApp : 010-582 8207
- E-mel :[email protected]