SEMAKAN BANTUAN SYUKUR SABAH : 2025 ONLINE

SEMAKAN BANTUAN SYUKUR SABAH : 2025 ONLINE

Peruntukan sebanyak RM358.5 juta adalah untuk disalurkan kepada 100,000 ribu rakyat di Sabah bagi tujuan pengurangan kadar kemiskinan tegar supaya rakyat dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa dengan mendapatkan keperluan asas secukupnya melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat.

Bagaimanakah semakan bantuan syukur sabah? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN EKASIH : 2025 ONLINE

APA ITU BANTUAN SYUKUR SABAH

Kerajaan Negeri Sabah telah memperkenalkan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR) sebagai sebuah inisiatif pembasmian kemiskinan dengan pelaksanaan bantuan tunai khas RM300 setiap bulan dan dibayar secara sekaligus sebanyak RM900 setiap tiga (3) bulan bagi tempoh satu (1) tahun.

SEMAK JUMLAH PENYALURAN BANTUAN SYUKUR

Jumlah Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah yang disalurkan adalah sebanyak berikut :

JUMLAH BANTUANJUMLAH KESELURUHAN
RM300 (Januari) + RM300 (Februari) + RM300 (Mac)RM900
RM300 (April) + RM300 (Mei) + RM300 (Jun)RM900
RM300 (Julai) + RM300 (Ogos) + RM300 (September)RM900
RM300 (Oktober) + RM300 (November) + RM300 (Disember)RM900
JUMLAH= RM3,600 SETAHUN

TARIKH BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH

Berikut merupakan tarikh bayaran Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah yang dilaksanakan sepanjang tahun 2025 :

  • Fasa 1 (Januari – Mac 2025): Pembayaran bermula Februari 2025.
  • Fasa 2 (April – Jun 2025): Pembayaran bermula April 2025.
  • Fasa 3 (Julai – September 2025): Pembayaran bermula September 2025.
  • Fasa 4 (Oktober – Disember 2025): Pembayaran bermula Oktober 2025.

CARA PELAKSANAAN BANTUAN SYUKUR SABAH

Bayaran Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah dilaksanakan melalui kaedah seperti berikut :

  • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima; atau
  • Tunai di kaunter bank bagi yang tiada akaun bank; atau
  • Dikreditkan melalui akaun e-Wallet di aplikasi YONO Superapp.

CARA SEMAKAN BANTUAN PADANS

Status kelayakan sebagai penerima Bantuan Sabah boleh disemak seperti berikut :

  1. Layari laman Portal Rasmi Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025 di sini : https://padans.sabah.gov.my/.
  2. Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
  3. Untuk Semakan Status, lihat pada bahagian ‘Semakan Permohonan’ di sebelah kiri skrin.
  4. ⁠Klik pada butang [Semak].
  5. Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan.
  6. Masukkan Nombor MyKad* di ruangan yang disediakan.
  7. Kemudian, klik pada butang [Semak].
  8. Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
  9. ⁠Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
  10. ⁠Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Program Sentuhan Kasih Rakyat : 088 338 338
  • Talian WhatsApp : 010-582 8207
  • E-mel :[email protected]

Leave a Comment