SEMAKAN EKASIH : 2025 ONLINE
Banyak manfaat yang diperolehi sekiranya rakyat yang berpendapatan di bawah garis PGK semasa mendaftar dan tersenarai dalam rekod data eKasih. Antaranya dapat menerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan jumlah bayaran yang tertinggi.
Bagaimanakah semakan Ekasih SARA? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN SABAH RM300 SEMAKAN : 2025 ONLINE
APA ITU EKASIH
eKasih adalah sistem pangkalan data bersepadu yang menyimpan maklumat mengenai isi rumah miskin di Malaysia.Ia berfungsi sebagai rujukan utama bagi kementerian dan agensi yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan untuk merancang, melaksanakan, dan memantau bantuan kepada golongan yang memerlukan.
SEMAKAN JUMLAH BAYARAN EKASIH
Bantuan SARA yang dibayar kepada yang berdaftar eKasih adalah sebanyak jumlah berikut :
- RM600 dibayar kepada golongan Bujang;
- RM1,650 dibayar kepada golongan Warga Emas; dan
- RM2,100 dibayar kepada golongan Isi Rumah.
Berikut pula jumlah bayaran SARA yang bukan eKasih :
- RM450 dibayar kepada golongan Warga Emas; dan
- RM900 dibayar kepada golongan Isi Rumah.
SEMAK TEMPOH BAYARAN EKASIH
Bantuan SARA bukanlah dibayar sekaligus. Namun, ianya dibayar secara berperingkat pada setiap bulan selama tempoh berikut :
- Selama 12 bulan kepada penerima SARA yang daftar eKasih; dan
- Selama 9 bulan kepada penerima SARA yang bukan eKasih.
TARIKH BAYARAN EKASIH
Bayaran Bantuan SARA kepada penerima yang berdaftar dengan eKasih adalah pada tarikh berikut :
- 15 Januari 2025;
- 1 Februari 2025;
- 1 Mac 2025;
- 1 April 2025;
- 1 Mei 2025;
- 1 Jun 2025;
- 1 Julai 2025;
- 1 Ogos 2025;
- 1 September 2025;
- 1 Oktober 2025;
- 1 November 2025;
- 1 Disember 2025.
CARA SEMAKAN EKASIH
Status pendaftaran eKasih perlu disemak seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi e Kasih;.
- Kemudian, klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Masukkan kod kaptcha yang betul berdasarkan imej yang dipaparkan.
- Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
Kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA boleh disemak seperti berikut :
- Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan eKasih SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]