BANTUAN SABAH RM300 SEMAKAN : 2025 ONLINE

BANTUAN SABAH RM300 SEMAKAN : 2025 ONLINE

Program bantuan khas bulanan Kerajaan Negeri Sabah telah mula disalurkan kepada 72,058 penerima Miskin dan Miskin Tegar eKasih yang layak melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat bermula Februari 2025.

Bagaimanakah cara semak bantuan sabah rm300? Ikuti info lanjut disini.

BACA JUGA : PADANS SABAH : SEMAKAN STATUS BANTUAN SYUKUR 2025

APA ITU BANTUAN SABAH RM300

PADANS merupakan Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah iaitu Portal Rasmi untuk permohonan, semakan penerima dan pengemaskinian maklumat penerima bagi Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah.

OBJEKTIF UTAMA BANTUAN SABAH

Tujuan utama perlaksanaan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah seperti berikut:

  • Meringankan beban kewangan penerima, khususnya untuk mendapatkan keperluan asas;
  • Membantu golongan yang memerlukan supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih wajar;
  • Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Negeri Sabah selaras dengan agenda nasional; DAN
  • Sebagai tanda prihatin dan kasih kerajaan kepada golongan rakyat dan agihan mengikut keutamaan.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SABAH RM300

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024;
  • Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun;
  • Pemegang Kad Pengenalan berstatus ’H;
  • Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024;
  • Ketua Isi Rumah (KIR) yang tercicir daripada sistem eKasih dengan pendapatan isi rumah kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

JUMLAH BAYARAN BANTUAN SABAH RM300 SEMAKAN

Kadar bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah sebanyak RM300 bagi setiap bulan. Namun begitu, penyaluran kepada penerima akan dilakukan secara berfasa dengan bayaran sebanyak RM900 bagi setiap fasa iaitu bersamaan dengan jumlah bayaran untuk tiga (3) bulan serentak.

SEMAK STATUS LAYAK PENERIMA BANTUAN SABAH RM300

Status ‘Layak’ atau ‘Tidak’ Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah boleh disemak seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi Online Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, di sini: https://padans.sabah.gov.my/
  2. Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
  3. Untuk Semakan Status, sila lihat bahagian (Semakan Permohonan) di sebelah kiri skrin.
  4. Tekan butang (Semak).
  5. Pengguna akan dibawa ke Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, https://sukur.sabah.gov.my/
  6. Masukkan 12 digit (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan untuk semakan.
  7. Kemudian, klik (Semak).
  8. Status Kelayakan Permohonan anda akan di paparkan di sini.
  9. Sekiranya anda LAYAK anda akan menerima Bayaran ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat, anda boleh rujuk saluran berikut:

  • Hotlink Program Sentuhan Kasih Rakyat: 088 338 338
  • Portal Rasmi Program Sentuhan Kasih Rakyat: https://padans.sabah.gov.my/

Leave a Comment