SEMAKAN BACAAN IPU 2025 : CARA SEMAK INDEKS PENCEMARAN UDARA JEREBU TERKINI

SEMAKAN BACAAN IPU 2025 : CARA SEMAK INDEKS PENCEMARAN UDARA JEREBU TERKINI

Jerebu mula melanda beberapa kawasan akibat kebakaran hutan di Sumatera.Cuaca yang panas dan kering menyukarkan usaha pemadaman api, dan fenomena ini dijangka berlarutan sehingga awal Ogos. JAS telah meningkatkan tindakan penguatkuasaan dan aktiviti rondaan harian serta memantau bacaan IPU dari masa ke semasa.

Bagaimanakah cara semakan bacaan ipu 2025? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir artikel dibawah.

BACA JUGA : TARIKH STR FASA 3 : (2025) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

APA ITU BACAAN INDEKS IPU 2025

IPU ialah indeks yang dibentuk berdasarkan lima bahan pencemar udara di atas.  Ia bagi menunjukkan status kualiti udara dan hubungan kepada kesihatan dalam pemahaman yang mudah untuk tindakan seterusnya.

SEMAKAN BACAAN IPU 2025

SUMBER GAMBAR : MYEQMS/APIMS

GEJALA KESIHATAN KERANA JEREBU

Setiap individu perlu mengambil tahu tentang indeks pencemaran (IPu) yang boleh menyebabkan gejalan kesihatan seperti berikut :

  • Terasa gatal-gatal dibahagian kerongkong dan batuk berkahak,
  • Hidung berair dan kerap bersin,
  • Terasa sukar untuk bernafas dan sesak nafas,
  • Mata terasa pedih dan berair,
  • Kulit badan terasa gatal-gatal,
  • Terasa sakit dada.

TINDAKAN SEMASA JEREBU

Apabila indeks jerebu meningkat, persiapan perlu dilakukan seperti berikut :

  • Kurangkan aktiviti luar rumah dan cuba berada didalam bangunan
  • Pakai penutup muka (face mask) yang sesuai jika keluar rumah,
  • Pastikan udara didalam rumah atau bangunan sentiasa bersih dan kurangkan sumber pencemaran seperti asap rokok,
  • Banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari,
  • Basuh muka dan tangan dengan air bersih dan sabun setelah melakukan aktiviti luar rumah.

Nota* : Dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya merasa diri tidak sihat atau sakit.

SEMAKAN BACAAN NEGERI IPU 2025 TIDAK SIHAT

Berdasarkan data dari MyEQMS, setakat pukul 8 pagi, 21 Julai 2025, berikut adalah catatan nilai IPU untuk negeri-negeri di Malaysia.

  • INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU)
0-50
BAIK
51-100
SEDERHANA
101-200
TIDAK SIHAT
201-300
SANGAT TIDAK SIHAT
LEBIH 300
BERBAHAYA
NEGERILOKASIBACAAN
MELAKAALOR GAJAH159
NEGERI SEMBILANNILAI158
PAHANGTEMERLOH156
SELANGORBANTING155
SELANGORJOHAN SETIA152
WP KUALA LUMPURCHERAS152
TERENGGANUKEMAMAN152
WP KUALA LUMPURPUTRAJAYA123
MELAKABUKIT RAMBAI103
PAHANGBALOK BARU98
NEGERI SEMBILNPORT DICKSON92
TERENGGANUKUALA TERENGGANU92

RUJUKAN

Sebarang info tentang bacaan IPU Malaysia, anda boleh melayari pautan dibawah seperti berikut :

Leave a Comment