MYKASIH SEMAKAN : 2025 ONLINE
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) disalurkan secara tanpa tunai kepada penerima untuk setiap bulan bagi memastikan penerima dapat membeli barangan asas yang diperlukan untuk menampung keperluan harian pada tahun 2025 yang mencabar ini.
Bagaimanakah cara mykasih semakan? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir artikel dibawah.
BACA JUGA : BANTUAN TUNAI RAHMAH SEMAKAN : FASA 3 2025
SIAPA YANG LAYAK MYKASIH
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA MyKasih 2025:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR)– Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM);
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025– Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
Individu yang memenuhi syarat kelayakan akan secara automatik menerima kredit SARA melalui MyKad.
SEMAKAN KADAR MYKASIH 2025
Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan kepada penerima seperti berikut:
LULUS STR DAN BERSTATUS EKASIH :
| KATEGORI PENERIMA | AMAUN BULANAN (RM) |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM2,100 Setahun RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM200/bulan (bermula April – Disember) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM1,650 Setahun RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM150/bulan (bermula April – Disember) |
| BUJANG | RM600 Setahun RM50/bulan (bermula Januari – Disember) |
LULUS STR DAN BUKAN EKASIH :
| KATEGORI PENERIAM | AMAUN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM900 Setahun RM100/bulan (bermula April – Disember) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM450 Setahun RM50/bulan (bermula April – Disember) |
| BUJANG | – |
CARA PELAKSANAAN MYKASIH 2025
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan disalurkan secara bulanan melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima untuk membeli barangan keperluan asas daripada 14 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan dengan menggunakan MyKad.
CARA MYKASIH SEMAKAN 2025
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih; atau
- Portal Rasmi MySTR
Semakan di Portal MyKasih (Penerima Berstatus eKasih):
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
Semakan di Portal MySTR (Penerima Bukan eKasih):
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel :[email protected]