BANTUAN TUNAI RAHMAH SEMAKAN : FASA 3 2025
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan memasuki fasa yang ketiga (3) pada bulan Ogos (8) dengan kadar bantuan bermula sebanyak RM500 mengikut kategori Isi rumah,Warga emas dan juga bujang. Bayaran akan di maklumkan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
Bagaimanakah Cara semakan bantuan tunai rahmah? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir artikel dibawah.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN SARA 2025 : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
APA ITU BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025
Sumbangan Tunai Rahmah atau lebih dikenali sebagai STR adalah program bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat, terutama golongan B40 dan M40.
SIAPA LAYAK BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
- menepati syarat;
- Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
SEMAKAN KADAR KELAYAKAN BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025
Jumlah kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 adalah mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) |
|---|---|
| Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM 1,000 1 hingga 2 Anak : RM 1,500 3 hingga 5 Anak : RM 2,000 5 Anak dan Ke atas: RM 2,500 |
| Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM500 1 hingga 2 Anak : RM 750 3 hingga 5 Anak : RM 1,000 5 Anak dan Ke atas: RM 1,250 |
| Warga emas tiada pasangan | RM600 |
| Bujang | RM600 |
Jumlah bantuan diatas merupakan kadar kelayakan maksimum STR yang akan diterima oleh penerima bagi tahun 2025, namun bantuan tersebut akan dibahagikan secara empat fasa mengikut kadar yang ditetapkan.
SEMAK STATUS LAYAK STR 2025
Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan :https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
- Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran FASA 3] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
- Selesai.
CARA BANTUAN TUNAI RAHMAH DISALURKAN 2025
Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:
- Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel :[email protected]