SENARAI BARANG BANTUAN SARA : YANG BOLEH DIBELI GUNA MYKASIH RM100 ONE OFF

SENARAI BARANG BANTUAN SARA : YANG BOLEH DIBELI GUNA MYKASIH RM100 ONE OFF

Pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun 2025 membolehkan lebih ramai individu layak menerima bantuan dalam bentuk barangan keperluan asas untuk kelangsungan hidup seharian, barangan yang boleh ditebus atau beli melalui Mykad adalah seperti dibawah.

Bagaimanakah semak barangan bantuan sara? Ikuti Info lanjut disini.

BACA JUGA : CARA GANTI MYKAD ROSAK : SECARA ONLINE

SIAPA YANG LAYAK BANTUAN SARA ONE OFF

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)– Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025– Bukan eKasih;
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

Individu yang memenuhi syarat kelayakan akan secara automatik menerima kredit SARA melalui MyKad.

MANFAAT BARANG BANTUAN SARA ONE OFF

Bantuan SARA One Off RM100 ini memberi manfaat yang besar kepada golongan B40 dengan memudahkan pembelian barangan asas tanpa melibatkan wang tunai. Penerima dapat membeli makanan, produk kebersihan diri, barang sekolah, dan keperluan rumah lainnya.

SENARAI BARANG BANTUAN SARA

Berikut merupakan kategori barangan yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan kredit SARA (MyKad) Secara One OFF:

  1. Produk Kebersihan: Colgate / Kotex / Detol
  2. Ubat-ubatan: Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
  3. Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata /Staedtler / Canggih
  4. Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
  5. Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
  6. Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
  7. Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
  8. Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
  9. Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
  10. Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
  11. Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
  12. Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup
  13. Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
  14. Produk Kebersihan Rumah: Sabun Pencuci Lantai / Pinggan Mangkuk

CARA GUNA BANTUAN SARA ONE OFF

Penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) membolehkan penerima membuat pembelian barang asas menggunakan MyKad seperti berikut:

  • Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
  • Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan 14 kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
  • Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
  • Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  • Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment