CARA GANTI MYKAD ROSAK : SECARA ONLINE

CARA GANTI MYKAD ROSAK : SECARA ONLINE

Kad Pengenalan atau MyKad merupakan kad paling penting buat rakyat Malaysia. Setiap individu hanya mempunyai sekeping MyKad Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang asli sebagai tanda pengenalan atau identiti diri serta berfungsi untuk pelbagai urusan penting.

Bagaimanakah cara ganti mykad rosak? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.

BACA JUGA : CARA TUKAR MYKAD ROSAK : SECARA ONLINE JPN

APA ITU MYKAD JPN ONLINE

Projek Kad Pintar Pelbagaiguna Kerajaan dibangunkan berasas sistem dan proses baru yang memenuhi ciri keselamatan terkini disamping menggabungkan pelbagai aplikasi dari perlbagai agensi kerajaan dan sektor swasta dalam satu kad. Oleh kerana tiada satu pun sistem lain sepertinya yang ada ketika itu, Kerajaan Malaysia telah merekacipta dan membangunkan kesemua sistem, prosedur, dan metodologi asas untuk mencapai matlamat dalam melaksanakan Kad Pintar Pelbagaiguna Kerajaan berasaskan teknologi kad pintar. Projek ini juga merupakan satu perkongsian pintar di antara pihak kerajaan dan pihak swasta untuk bekerjasama dalam memacu, mengurus, dan melaksanakan penyelesaian Projek Kad Pintar Pelbagaiguna Kerajaan ini.

JENIS PERMOHONAN GANTI MYKAD ROSAK

Hanya 4 jenis permohonan penggantian yang dibenarkan bagi sistem ini iaitu :

  • Gantian kerosakan fizikal kad
  • Gantian kerosakan cip
  • Gantian biasa
  • Gantian hilang kali pertama (kecuaian) Hilang IC tak boleh ganti secara online.

CARA GANTI MYKAD ROSAK ONLINE

Antara prosedur yang perlu anda tahu ialah dengan cara seperti berikut :

  1. Layari laman web permohonan MyKad rosak secara online melalui pautan berikut: https://gantianmykad.jpn.gov.my/
  2. Pada halaman utama, klik pilihan “Mohon Gantian Bagi MyKad Anda” di bahagian Dalam Talian.
  3. Lengkapkan borang permohonan dengan maklumat peribadi yang diperlukan seperti nombor kad pengenalan, alamat dan sebab kerosakan kad.
  4. Muat naik sebarang dokumen berkaitan seperti gambar kad rosak (jika perlu).
  5. Pilih cawangan JPN berhampiran yang anda ingin kunjungi bagi mengambil MyKad selepas siap.
  6. Selesaikan bayaran menggunakan kad kredit sahaja mengikut kadar yang ditetapkan:
  7. Setelah selesai, simpan resit dan nombor rujukan untuk semakan status permohonan.
  8. Layari semula laman web untuk menyemak sama ada MyKad baharu telah siap untuk diambil di pejabat JPN yang dipilih.

DOKUMEN YANG ADA UNTUK GANTI MYKAD ROSAK ONLINE

Bagi memudahkan proses tukar kad baharu, anda perlu menyediakan dokumen seperti berikut :

  1. Dokumen pemohon (asal)
    • Pastikan anda bawa Kad Pengenalan pemohon yang rosak semasa permohonan dibuat di kaunter; atau semasa pengambilan Kad Pengenalan baru bagi urusan permohonan melalui portal atau telefon.
  2. Dokumen Sokongan
    • Bagi pertukaran alamat, pemohon perlu mengemukakan Bil elektrik /bil air / bil pembentungan / bil utiliti / cukai pintu / cukai taksiran / borang taksiran cukai pendapatan/ perjanjian jual beli rumah/ perjanjian atau resit sewa rumah / dokumen sokongan dari Penghulu/ Ketua Kampung/ Tuai Rumah / ADUN / Ahli Parlimen / Majikan/ Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lain-lain dokumen seumpamanya. (Salinan asal atau yang disahkan).

WAKTU OPERASI JPN ONLINE

Operasi pertukaran kad yang rosak adalah seperti berikut:

  • Isnin hingga Jumaat : 8.00 pagi hingga 4.30 petang
  • Sabtu dan Ahad : Sistem ditutup
  • Cuti Umum : Sistem ditutup

RUJUKAN

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Jabatan Pendaftaran Negara di talian berikut:

Leave a Comment