CARA TUKAR MYKAD ROSAK : SECARA ONLINE JPN
Permohonan MyKad rosak online kini menjadi pilihan lebih praktikal bagi mereka yang ingin menukar kad pengenalan yang rosak tanpa perlu beratur panjang di kaunter, cara ini lebih efisyen dan juga menjimatkan masa. Oleh itu rakyat Malaysia pelu tahu tentang cara dan kaedah yang betul.
Bagaimanakah cara tukar mykad rosak? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.
BACA JUGA : BANTUAN SARA 100 : (ONE-OFF 2025) SEMAKAN ONLINE
JENIS PERMOHONAN TUKAR MYKAD ROSAK
Hanya 4 jenis permohonan penggantian yang dibenarkan bagi sistem ini iaitu :
| JENIS PERMOHONAN |
|---|
| Gantian kerosakan cip fizikal kad |
| Gantian kerosakan cip |
| Gantian biasa |
| Gantian hilang kali pertama (kecuaian) |
NOTA : Hilang IC tak boleh ganti secara online ya.
PROSEDUR CARA TUKAR MYKAD
Antara prosedur yang perlu anda tahu ialah dengan cara seperti berikut :
- Layari laman web permohonan MyKad rosak secara online melalui pautan berikut:https://gantianmykad.jpn.gov.my/
- Pada halaman utama, klik pilihan “Mohon Gantian Bagi MyKad Anda” di bahagian Dalam Talian.
- Lengkapkan borang permohonan dengan maklumat peribadi yang diperlukan seperti nombor kad pengenalan, alamat dan sebab kerosakan kad.
- Muat naik sebarang dokumen berkaitan seperti gambar kad rosak (jika perlu).
- Pilih cawangan JPN berhampiran yang anda ingin kunjungi bagi mengambil MyKad selepas siap.
- Selesaikan bayaran menggunakan kad kredit sahaja mengikut kadar yang ditetapkan:
- Setelah selesai, simpan resit dan nombor rujukan untuk semakan status permohonan.
- Layari semula laman web untuk menyemak sama ada MyKad baharu telah siap untuk diambil di pejabat JPN yang dipilih.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK TUKAR MYKAD ROSAK
Bagi memudahkan proses tukar kad baharu, anda perlu menyediakan dokumen seperti berikut :
- Dokumen pemohon (asal)
- Pastikan anda bawa Kad Pengenalan pemohon yang rosak semasa permohonan dibuat di kaunter; atau semasa pengambilan Kad Pengenalan baru bagi urusan permohonan melalui portal atau telefon.
- Dokumen Sokongan
- Bagi pertukaran alamat, pemohon perlu mengemukakan Bil elektrik /bil air / bil pembentungan / bil utiliti / cukai pintu / cukai taksiran / borang taksiran cukai pendapatan/ perjanjian jual beli rumah/ perjanjian atau resit sewa rumah / dokumen sokongan dari Penghulu/ Ketua Kampung/ Tuai Rumah / ADUN / Ahli Parlimen / Majikan/ Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lain-lain dokumen seumpamanya. (Salinan asal atau yang disahkan).
KADAR BAYARAN TUKAR MYKAD ROSAK
Amaun bayaran yang perlu anda bayara untuk menukar Mykad yang baharu adalah seperti berikut :
- Untuk permohonan gantian MyKad rosak, warganegara dikenakan bayaran sebanyak RM10.00, manakala bukan warganegara perlu membayar RM40.00. Sekiranya permohonan dibuat dalam tempoh 12 bulan dari tarikh penyerahan kad yang rosak, caj tidak akan dikenakan permohonan adalah percuma.
BILA ANDA PERLU TUKAR KAD ROSAK
Semua rakyat Malaysia perlu tahu bila perlu tukar kad pengenalan seperti berikut :
- Kad gagal dibaca : Tak boleh “scan” dimesin atau self servis kiosk;
- Bank/Agensi kerajaan tolak urusan : Sistem tak dapat kesan data kad;
- Perlu dicuba banyak kali untuk lepas : Tanda cip mula bermasalah;
- Kad rosak fizikal : Calar, retak bengkok / boleh jejaskan cip;
- Kad terlalu lama (Expired) : Risiko cip haus atau terpadam.
WAKTU OPERASI TUKAR MYKAD ROSAK ONLINE
Operasi pertukaran kad yang rosak adalah seperti berikut:
- Isnin hingga Jumaat : 8.00 pagi hingga 4.30 petang
- Sabtu dan Ahad : Sistem ditutup
- Cuti Umum : Sistem ditutup
RUJUKAN
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Jabatan Pendaftaran Negara di talian berikut:
- Telefon: 03-8000 8000
- http://www.jpn.gov.my
- [email protected]