BTR HASIL SEMAKAN : FASA 3 2025 ONLINE

BTR HASIL SEMAKAN : FASA 3 2025 ONLINE

Berdasarkan siaran media Kementerian Kewangan (MOF) yang terbaru, Kerajaan akan mula membayar Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 bermula esok (12 Ogos 2025) kepada 8.6 juta penerima yang layak dengan kadar peruntukan sebanyak RM2 billion.

Bagaimanakah semakn btr hasil? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir artikel dibawah.

BACA JUGA : MYSTR LOGIN : SEMAKAN FASA 3 2025 ONLINE

SYARAT KELAYAKAN BTR HASIL SEMAKAN

Penerima STR Fasa 3 disahkan berdasarkan syarat-syarat kelayakan berikut :

  • ISI RUMAH :
    • Berkahwin (ada atau tiada anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (mempunyai anak yang menepati syarat); dan
    • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan.
  • WARGA EMAS :
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (tidak mempunyai anak yang menepati syarat); dan
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • BUJANG :
    • Belum berkahwin atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (tidak mempunyai anak yang menepati syarat); dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

SEMAK STATUS LAYAK BTR HASIL FASA 3

Bagi yang ingin mengetahui status kelayakan atau maklumat bayaran STR Fasa 3, ikuti cara semakan di laman rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
  4. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
  6. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  7. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  8. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  9. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  10. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  12. Selesai.

TARIKH BAYARAN BTR HASIL SEMAKAN

Berdasarkan kenyataan media Kementerian Kewangan (MOF), bayaran STR Fasa 3 akan dilaksanakan secara berperingkat bermula pada tarikh berikut :

  • Mulai 12 Ogos 2025 (Selasa).

KADAR BAYARAN BTR FASA 3

Kadar pembayaran STR Fasa 3 adalah berdasarkan kategori penerima seperti berikut :

  • Isi Rumah B40 :
    • RM150 sehingga RM650(bergantung jumlah anak).
  • Isi Rumah M40 :
    • RM150 sehingga RM300(bergantung jumlah anak).
  • Warga Emas Tiada Pasangan :
    • RM150 setiap individu.
  • Bujang :
    • RM150 setiap individu.

*Nota : Untuk mengetahui kadar yang tepat, sila semak pada laman rasmi STR.

CARA BAYARAN BTR HASIL 2025

Terdapat dua (2) cara pembayaran STR Fasa 3, iaitu melalui :

  • Pembayaran secara tunai melalui kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima yang tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.
  • Pembayaran secara terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

Leave a Comment