MYSTR LOGIN : SEMAKAN FASA 3 2025 ONLINE

MYSTR LOGIN : SEMAKAN FASA 3 2025 ONLINE

Pihak Kementerian Kewangan (MOF) telah mengumumkan dalam siaran media bahawa bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 akan mula dilaksanakan bermula 12 Ogos 2025 (esok) kepada 8.6 juta penerima dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM2 billion.

Bagaimanakah semakan mystr login online? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah sehingga akhir.

BACA JUGA : SARA ONE OFF RM100 : SEMAKAN 2025 ONLINE

TARIKH BAYARAN MYSTR LOGIN

Pembayaran Bantuan STR Fasa 3 akan dilaksanakan secara berperingkat bermula pada tarikh berikut :

KELAYAKAN PENERIMATARIKH BAYARAN STR FASA 3
Penerima sedia adaMulai 12 Ogos 2025 (Selasa)
Penerima BaharuMulai 12 Ogos 2025 (Selasa)

SYARAT KELAYAKAN MYSTR LOGIN ONLINE

Penerima STR Fasa 3 disahkan berdasarkan syarat-syarat kelayakan berikut :

  • ISI RUMAH :
    • Berkahwin (ada atau tiada anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (mempunyai anak yang menepati syarat); dan
    • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan.
  • WARGA EMAS :
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (tidak mempunyai anak yang menepati syarat); dan
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • BUJANG :
    • Belum berkahwin atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (tidak mempunyai anak yang menepati syarat); dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

SEMAK STATUS LAYAK MYSTR ONLINE

Bagi yang ingin mengetahui status kelayakan atau maklumat bayaran STR Fasa 3, ikuti cara semakan di laman rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
  4. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
  6. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  7. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  8. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  9. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  10. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  12. Selesai.

KAEDAH BAYARAN MYSTR LOGIN

Bagi memudahkan penerima untuk menerima bayaran STR Fasa 3, Kerajaan menyediakan dua (2) kedah seperti berikut :

  • Penerima Ada Akaun Bank
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan
  • Penerima Tiada Akuan Bank atau Status ‘Gagal Kredit’
    • Dibayar secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat termasuk di Sabah, Sarawak dan W.P Labuan

BILANGAN PENERIMA MYSTR ONLINE

Seiring dengan permohonan dan rayuan yang dibuka sepanjang tahun, bilangan penerima STR setiap fasa akan bertambah seperti berikut :

PERINGKAT BAYARANBILANGAN PENERIMA
FASA 18.3 Juta penerima
FASA 28.5 Juta penerima
FASA 38.6 Juta penerima
FASA 4Belum diketahui

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

Leave a Comment