SEMAKAN MYKASIH ONLINE 2025 – ADAKAH ANDA LAYAK – SEMAK SEKARANG

SEMAKAN MYKASIH ONLINE 2025 – ADAKAH ANDA LAYAK – SEMAK SEKARANG

Sebuah inisiatif Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) dilaksanakan secara tanpa tunai (cashless) dikreditkan melalui akaun Kad Pengenalan (IC) yang boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas dibawah sumbangan penghargaan MADANI secara one off untuk seluruh rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagaimanakah cara semakan mykasih online 2025? Ikuti panduan lengkap di bawah sehingga akhir artikel.

BACA JUGA : MYSTR SEMAKAN STATUS – SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

CARA SEMAKAN MYKASIH ONLINE 2025

Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online di Portal Rasmi SARA seperti berikut:

  • Portal Rasmi SARA;
  • Aplikasi MyKasih

SEMAKAN DI PORTAL RASMI SARA

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA RM100 : https://sara.gov.my/.
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Penghargaan SARA Bantuan Tunai RM100 One-off untuk Rakyat Malaysia yang layak.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Penghargaan SARA
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 31/08/2025
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
    • Baki (RM) : 100.00
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  11. ⁠Selesai.

SEMAKAN DI APLIKASI MYKASIH

  1. Muat turun (Dowload) aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda melalui :
  2. Google Play (Bagi pengguna Android);
  3. App Store (Bagi pengguna iOS);
  4. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  5. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  6. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  7. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  8. Klik pada butang [Next] di bawah.
  9. Status Kelayakan dan Maklumat Pembayaran SARA ONE-OFF akan dipaparkan.
  10. Selesai.

SYARAT KELAYAKAN MYKASIH ONLINE 2025

Kelayakan penerima RM100 ONE-OFF adalah seperti berikut:

  • Setiap Warganegara Malaysia;
  • Berusia 18 tahun ke atas;

Bantuan RM100 ONE-OFF akan disalurkan secara AUTOMATIK kepada SETIAP rakyat dewasa Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan diatas, TANPA SEBARANG PERMOHONAN diperlukan.

CARA GUNA MYKASIH ONLINE 2025

Berikut merupakan panduan lengkap cara bayar barang keperluan guna Bantuan SARA dalam IC yang mudah dan cepat :

  1. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label SARA di rak tanda harga.
  2. Berikan IC kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA.
  3. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  4. Penerima perlu memasukkan 6-digit nombor PIN IC.
  5. Bayaran menggunakan IC akan disahkan.
  6. IC berserta resit bayaran akan diberikan.

SENARAI BARANGAN MYKASIH ONLINE 2025

Berikut merupakan kategori barangan yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan kredit SARA RM100 :

  • Produk Kebersihan: Colgate / Kotex / Detol
  • Ubat-ubatan: Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
  • Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata / Staedtler / Canggih
  • Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
  • Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
  • Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
  • Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
  • Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
  • Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
  • Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
  • Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
  • Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / TC Boy / King Cup
  • Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
  • Produk Kebersihan Rumah: Sabun Pencuci / Pencuci Lantai / Pencuci Pinggan

SOALAN LAZIM MYKASIH

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SARA 2025:

  1. Siapa layak menerima SARA RM100 UNTUK SEMUA?
    • SARA RM100 akan disalurkan kepada SETIAP RAKYAT Malaysia berusia 18 tahun ke atas, secara INDIVIDU, termasuk penerima sedia ada SARA dan bukan penerima SARA.
  2. Bagaimanakah cara mohon RM100 UNTUK SEMUA?
    • SARA RM100 akan disalurkan secara automatik tanpa sebarang permohonan diperlukan.
  3. Bila boleh guna SARA RM100 dalam MyKad?
    • Bermula 31 Ogos 2025 hingga 31 Disember 2025.
  4. Adakah SARA RM100 boleh dikeluarkan secara tunai?
    • Tidak boleh. Hanya untuk pembelian barangan asas di premis runcit berdaftar.
  5. Bilakah tarikh akhir boleh guna Bantuan MyKasih SARA?
    • Bantuan MyKasih SARA sah digunakan sehingga 31 Disember 2025 sahaja.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

Leave a Comment