MYSTR SEMAKAN STATUS – SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

MYSTR SEMAKAN STATUS – SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Kerajaan telah memperkenalkan satu pendekatan baharu dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat, iaitu melalui penggunaan MyKad. Kaedah ini berbeza dengan amalan tahun-tahun sebelumnya yang memerlukan penerima mempunyai akaun bank atau menerima bantuan secara tunai. Kini, bantuan seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 akan terus dikreditkan ke dalam MyKad penerima yang layak.

Bagaimanakah cara MySTR Semakan Status dibuat? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir artikel dibawah.

BACA JUGA : SEMAKAN RM100 DALAM MYKAD – SEMAK STATUS ANDA SEGERA

CARA MYSTR SEMAKAN STATUS

Untuk memudahkan cara semakan SARA Mykasih, anda boleh menyemak mengikut cara yang berikut :

  1. Portal MyKasih
    • Layari Portal Rasmi MyKasih di : https://www.mykasih.com.my/
    • Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
    • Masukkan 12 digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
    • Klik [Semak Status].
    • Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipaparkan : [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
    • Proses selesai.
  2. Portal Rasmi SARA
    • Layari laman web rasmi SARA : https://www.sara.gov.my/
    • Cari dan klik pada menu Semakan Kelayakan SARA.
    • Masukkan nombor MyKad (Kad Pengenalan) anda dengan tepat.
    • Tekan butang Semak.
    • Status kelayakan anda akan dipaparkan, sama ada Layak atau Tidak Layak.

SYARAT KELAYAKAN MYSTR SEMAKAN

Antara syarat yang ditetapkan membolehkan terima bantuan SARA adalah seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
    • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
    • Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  3. Bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
    • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025.
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

KAEDAH PENYALURAN MYSTR

Pengkreditan bantuan adalah secara TANPA TUNAI melalui MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad di seluruh Malaysia.

SENARAI BARANG MYSTR SEMAKAN

Penerima boleh melakukan pembelian barangan keperluan asas dengan menggunakan MyKad seperti berikut :

  • Beras.
  • Roti.
  • Telur.
  • Minyak masak.
  • Tepung.
  • Biskut.
  • Mi segera.
  • Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
  • Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
  • Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
  • Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita).
  • Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
  • Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, Kasut, Beg sekolah, Alat tulis).

SOALAN LAZIM MYSTR

  • Adakah saya perlu memohon untuk mendapatkan bantuan ini?
    • Tidak. Semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas secara automatik layak menerima SARA RM100.
  • Bolehkah saya mengeluarkan wang tunai dari MyKad ini?
    • Tidak boleh. Ia hanya boleh digunakan untuk pembelian barangan asas.
  • Apa akan jadi jika saya tidak menggunakan baki yang ada sehingga 31 Disember 2025?
    • Baki tersebut akan luput secara automatik.
  • Bolehkah bantuan ini dipindahkan kepada ahli keluarga lain?
    • Tidak boleh. Ia hanya sah untuk nombor MyKad penerima yang telah didaftarkan.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment