STR HASIL GOV MY (FASA 2 2025 SEMAKAN)
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 akan disalurkan bermula 24 Mac 2025 dengan peruntukkan sebanyak RM1.7 Bilion berbanding RM1.5 Bilion pada tahun lepas. Penerima terdiri daripada 60% rakyat dewasa Malaysia bakal mendapat bantuan sebanyak sehingga RM650.
Bagaimanakah Semakan STR? Ikuti info disini sehingga akhir.
BACA JUGA : LOGIN STR FASA 2 : SEMAKAN STATUS 2025 ONLINE
JUMLAH STR HASIL FASA 2
Jumlah di bawah menunjukkan amaun yang di salurkan untuk Str Fasa 2 2025 adalah seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | STR 2025 (RM BILION) |
|---|---|
| Isi rumah berpendapatan bawah RM2500 | 0.9 Bilion |
| Isi rumah berpendapatan RM2501 hingga RM5000 | 0.1 Bilion |
| Warga emas tiada pasangan | 0.2 Bilion |
| Bujang | 0.5 Bilion |
| JUMLAH | RM1.7 Bilion |
Nota*: Perbandingan jumlah bantuan yang diberikan di bawah sumbangan tunai rahmah fasa 2 mengikut tahun adalah pada tahun 2023 berjumlah RM1.26 Bilion dan pada tahun 2024 berjumlah RM1.5 Bilion, ini menunjukkan peningkatan yang ketara setiap tahun diberikan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia.
JENIS PENERIMA STR FASA 2
Kaedah pembayaran adalah berlainan mengikut status penerima, berikut merupakan cara pembayaran :
| JENIS PENERIMA | KAEDAH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Penerima yang mempunyai akaun Bank | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan. |
| Penerima yang tidak mempunyai akaun bank | Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran Seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak. |
JUMLAH BAYARAN STR HASIL GOV
Bayaran bantuan sumbangan tunai rahmah (STR) fasa dua (2) adalah dijangka mengikut jumlah seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN STR FASA 2 |
|---|---|
| Isi rumah berpendapatan dibawah RM2500 | RM150-RM650 |
| Isi rumah berpendapatan RM2501 hingga RM5000 | RM100-RM300 |
| Warga emas tiada pasangan | RM150 |
| Bujang | RM150 |
PAUTAN LAMAN RASMI STR HASIL
Berikut merupakan laman rasmi Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | https://bantuantunai.hasil.gov.my |
CARA SEMAKAN STR FASA 2
Untuk mengetahui status layak atau tidak terima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa dua (2), ikuti cara semakan status seperti berikut :
- Layari laman rasmi Bantuan STR; atau klik pautan di atas.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh hadir ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]