STR HASIL GOV MY (FASA 2 2025 SEMAKAN)

STR HASIL GOV MY (FASA 2 2025 SEMAKAN)

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 akan disalurkan bermula 24 Mac 2025 dengan peruntukkan sebanyak RM1.7 Bilion berbanding RM1.5 Bilion pada tahun lepas. Penerima terdiri daripada 60% rakyat dewasa Malaysia bakal mendapat bantuan sebanyak sehingga RM650.

Bagaimanakah Semakan STR? Ikuti info disini sehingga akhir.

BACA JUGA : LOGIN STR FASA 2 : SEMAKAN STATUS 2025 ONLINE

JUMLAH STR HASIL FASA 2

Jumlah di bawah menunjukkan amaun yang di salurkan untuk Str Fasa 2 2025 adalah seperti berikut :

KATEGORI PENERIMASTR 2025 (RM BILION)
Isi rumah berpendapatan
bawah RM2500
0.9 Bilion
Isi rumah berpendapatan
RM2501 hingga RM5000
0.1 Bilion
Warga emas tiada pasangan0.2 Bilion
Bujang0.5 Bilion
JUMLAHRM1.7 Bilion

Nota*: Perbandingan jumlah bantuan yang diberikan di bawah sumbangan tunai rahmah fasa 2 mengikut tahun adalah pada tahun 2023 berjumlah RM1.26 Bilion dan pada tahun 2024 berjumlah RM1.5 Bilion, ini menunjukkan peningkatan yang ketara setiap tahun diberikan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia.

JENIS PENERIMA STR FASA 2

Kaedah pembayaran adalah berlainan mengikut status penerima, berikut merupakan cara pembayaran :

JENIS PENERIMAKAEDAH PEMBAYARAN
Penerima yang mempunyai akaun BankDikreditkan terus ke dalam akaun bank
penerima / pasangan mengikut nombor
akaun yang didaftarkan semasa
permohonan.
Penerima yang tidak mempunyai akaun bankDiberikan secara tunai di kaunter Bank
Simpanan Nasional (BSN) berhampiran
Seluruh Malaysia termasuk di
Sabah dan Sarawak.

JUMLAH BAYARAN STR HASIL GOV

Bayaran bantuan sumbangan tunai rahmah (STR) fasa dua (2) adalah dijangka mengikut jumlah seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN
STR FASA 2
Isi rumah berpendapatan
dibawah RM2500
RM150-RM650
Isi rumah berpendapatan
RM2501 hingga RM5000
RM100-RM300
Warga emas tiada pasanganRM150
BujangRM150

PAUTAN LAMAN RASMI STR HASIL

Berikut merupakan laman rasmi Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :

PORTAL RASMIPAUTAN
Sumbangan Tunai Rahmah
(STR)
https://bantuantunai.hasil.gov.my

CARA SEMAKAN STR FASA 2

Untuk mengetahui status layak atau tidak terima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa dua (2), ikuti cara semakan status seperti berikut :

  1. Layari laman rasmi Bantuan STR; atau klik pautan di atas.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  11. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  12. Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
  13. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh hadir ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

Leave a Comment