SEMAKAN STATUS STR BUJANG (FASA 4 2025)
Seramai hampir 60 peratus (%) rakyat dewasa di Malaysia layak menerima Bantuan Tunai STR termasuk juga rakyat yang berstatus bujang atau balu atau duda janda (yang tiada anak), malah bilangan penerima yang berstatus bujang semakin bertambah setiap fasa, oleh kerana permohonan baharu dan rayuan telah diluluskan.
Bagaimanakah semakan status str bujang? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : JUMLAH STR FASA 4 : SEMAKAN STATUS 2025
CARA SEMAKAN STATUS STR BUJANG
Golongan Bujang boleh membuat semakan status Bantuan Tunai STR fasa empat (4) pada pautan rasmi seperti berikut :
- Sila layari pautan Portal Rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Masukkan ‘Nombor Kad Pengenalan‘ tanpa tanda sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa Keselamatan‘ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa keselamatan yang dipaparkan adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status bayaran penerima Bujang akan dipaparkan.
- Selesai.
TARIKH BAYARAN STATUS STR BUJANG
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 mengikut kategori kelayakan penerima adalah seperti berikut:
FASA BAYARAN | JUMLAH BAYARAN | TARIKH BAYARAN |
---|---|---|
FASA (4) | RM150 | 18 Oktober 2025 |
SYARAT LAYAK STR BUJANG
Berikut ialah syarat-syarat kelayakan untuk menjadi penerima Sumbangan Tunai Rahmah 2025:
- Isi Rumah
- Ketua isi rumah Warganegara Malaysia;
- Berkahwin mempunyai anak atau tiada anak;
- Ibu/bapa tunggal mempunyai anak;
- Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 sebulan (B40); atau
- Pendapatan isi rumah RM2,501 – RM5,000 sebulan (M40).
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Tiada pasangan dan tiada tanggungan;
- Pendapatan individu tidak melebihi RM5,000 sebulan.
- Bujang
- Warganegara Malaysia;
- Belum berkahwin / balu / bercerai (tiada anak);
- Had umur 21 hingga 59 tahun / OKU umur 19 tahun ke atas;
- Pendapatan individu tidak melebihi RM2,500 sebulan;
- Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS.
SOALAN LAZIM (FAQ) STR BUJANG
- Adakah Bantuan STR juga dibayar kepada individu bujang?
- Ya, Bantuan STR juga dibayar kepada semua individu bujang yang memohon serta memenuhi kelayakan yang ditetapkan.
- Siapakah layak terima bayaran Bantuan STR Fasa 4?
- Hanya pemohon yang memenuhi kelayakan dan berstatus ‘Lulus’ akan terima bayaran STR Fasa 4.
- Bolehkah penerima Bantuan STR yang mempunyai akaun bank menuntut wang tunai di kaunter BSN juga?
- Tuntutan wang tunai Bantuan STR di kaunter BSN hanya khas untuk penerima yang tiada akaun bank dan status ‘gagal kredit’ sahaja.
- Bolehkah Bantuan STR digunakan untuk bayaran bil?
- Ya boleh, Bantuan STR yang disalurkan secara tunai boleh digunakan untuk apa sahaja transaksi bayaran bergantung kepada penerima.
- Dimanakah permohonan Bantuan STR Fasa 4 boleh dikemukakan?
- Permohonan Bantuan STR perlu dikemukakan di Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Bilakah tarikh akhir permohonan Bantuan STR Fasa 4?
- Permohonan Bantuan STR Fasa 4 boleh dikemukakan pada bila-bila masa sebelum 30 September 2025.
RUJUKAN
Sekiranya anda perlukan bantuan atau ada sebarang pertanyaan mengenai
STR Fasa 4, anda boleh hubungi saluran rasmi berikut:
- LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri)
- Talian Hotline:1-800-88-2747
- Laman Web Rasmi:https://bantuantunai.hasil.gov.my