SENARAI BARANG MYKASIH 2025 : PANDUAN LENGKAP CARA GUNA
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan bantuan secara bersasar untuk membantu rakyat yang benar-benar memerlukan dan disalurkan melalui MyKad bagi memastikan golongan tersebut menerima manfaat dalam bentuk barangan keperluan asas.
Apakah senarai barangan mykasih? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS MYKASIH 2025 SECARA ONLINE
JUMLAH BANTUAN MYKASIH 2025
Jumlah Bantuan MyKasih yang dikreditkan ke dalam MyKad penerima pada 1 April 2025 adalah sebanyak berikut :
KATEGORI KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH BANTUAN MYKASIH |
---|---|
Isi rumah STR & eKasih | RM 200 |
Warga emas STR & eKasih | RM 150 |
Bujang STR & eKasih | RM 50 |
Isi rumah STR sahaja | RM 100 |
Warga emas STR sahaja | RM 50 |
SENARAI BARANG MYKASIH 2025
Kerajaan telah menyenaraikan barangan keperluan asas yang boleh dibeli menggunakan MyKasih seperti berikut :
- Beras.
- Roti.
- Telur.
- Minyak masak.
- Tepung.
- Biskut.
- Mi segera.
- Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
- Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita).
- Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, Kasut, Beg sekolah, Alat tulis).
CARA GUNA BANTUAN MYKASIH
Berikut merupakan cara menggunakan Bantuan MyKasih dalam MyKad untuk pembelian barangan keperluan asas :
- Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli (berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga).
- Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Penerima perlu menukar nombor Pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor Pin baharu.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
- Pembayaran menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
- Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.
SENARAI KEDAI MYKASIH
Pada tahun 2025, MyKasih mempunyai lebih daripada 1,200 premis / kedai yang terlibat dalam pelaksanaan di seluruh Malaysia termasuk :
- Mydin;
- Giant;
- Econsave;
- The Store;
- Pacific;
- Milimewa;
- 99 Speedmart;
- Lotus Stores (Tesco); dan
- Pasar mini bebas.
*Rujuk senarai kedai terdekat di sini :
https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list
SEMAKAN STATUS MYKASIH 2025
Untuk mengetahui status anda sebagai penerima barangan MyKasih, sila semak status anda mengikut panduan di bawah :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]