MYSTR 2026 – PENDAFTARAN AKAUN, REGISTER, PERMOHONAN & KEMASKINI
Pendaftaran akaun, kemas kini dan permohonan baharu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun 2026 kini dibuka bermula pada 13 Oktober 2025. Anda boleh melakukannya melalui laman web rasmi di https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
Untuk memastikan anda menerima manfaat STR sepenuhnya, sila buat permohonan atau kemas kini maklumat anda bagi tahun 2026.
Berikut adalah maklumat lanjut tentang Sumbangan Tunai Rahmah (STR), termasuk cara membuat permohonan baharu, mengemas kini maklumat, dan menyemak status permohonan anda.

PENGENALAN KEPADA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2026
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah inisiatif Kerajaan Malaysia untuk membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat berpendapatan rendah dan sederhana di seluruh negara.
Melalui STR, bantuan kewangan tunai diberikan kepada keluarga dan individu yang memenuhi syarat kelayakan, terutamanya mereka yang menghadapi masalah ekonomi, untuk membantu mereka menampung keperluan harian.
Dalam Bajet 2026, kerajaan telah umumkan bahawa peruntukan untuk STR (Sumbangan Tunai Rahmah) dan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) ditingkatkan kepada RM15 bilion. Tahun lepas, peruntukan ini hanya RM13 bilion.
Kenaikan ini disebabkan oleh penjimatan daripada subsidi yang lebih bersasar. Usaha ini bertujuan memastikan bantuan tersebut dapat diagihkan lebih meluas dan berkesan dalam meringankan beban rakyat.
Beberapa fakta penting tentang STR dalam Bajet 2026 :
- Seramai 9 juta penerima STR akan terus menerima bantuan. Mereka juga akan mendapat tambahan SARA sehingga RM100 sebulan (RM1,200 setahun).
- Penerima e-Kasih akan mendapat SARA yang lebih tinggi, iaitu sehingga RM200 sebulan.
- Keluarga dengan pendapatan kurang daripada RM2,500 dan mempunyai lima orang anak boleh mendapat bantuan maksimum RM4,600 setahun (termasuk STR dan SARA).
- Pembayaran STR fasa 4 (berjumlah RM2 bilion) akan diawalkan sempena perayaan Deepavali 2025.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan bahawa ini membuktikan kerajaan serius dalam menjaga kebajikan rakyat walaupun keadaan ekonomi dunia tidak menentu. Diharapkan dengan Bajet 2026, STR dapat terus membantu mengurangkan tekanan kewangan dan meningkatkan taraf hidup golongan yang memerlukan.
Baca Juga : BERAPA JUMLAH STR 2025 ANDA? SEMAK DISINI
CARA DAFTAR AKAUN MYSTR 2026
Laman web Sumbangan Tunai Rahmah (STR) baru sahaja dikemaskini.

Untuk makluman, anda dikehendaki untuk mendaftarkan semula akaun anda di laman MySTR walaupun telah mempunyai akaun sebelum ini untuk memastikan anda memperoleh segala manfaat di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini.
Untuk daftar akaun MySTR anda, ikuti langkah-langkah di bawah :
- Layari portal MySTR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik pada butang “LOG MASUK”.
- Klik ‘Daftar Pengguna Baharu’.
- Pengesahan soalan keselamatan akan dipaparkan. Klik butang ‘Seterusnya’.
- Masukkan Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan.
- Klik butang ‘Daftar Akaun’.


PANDUAN LOG MASUK AKAUN MySTR 2026
Setelah anda menyelesaikan proses pendaftaran di atas, anda boleh login ke dalam akaun anda dengan cara berikut :
- Masukkan nombor kad pengenalan anda di portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang “Log Masuk”
- Kemudian, klik “Semak” setelah memastikan nombor kad pengenalan anda betul.
- Klik “Ya” sekiranya kata kunci keselamatan anda betul.
- Masukkan kata laluan, dan klik “Log Masuk”
- Selesai.


Sekiranya anda telah memohon STR, status permohonan anda akan dipaparkan di bahagian “Semakan Permohonan” seperti dalam gambar di bawah :

PERMOHONAN BARU DAN KEMASKINI STR 2026
Ramai yang bertanya sama ada perlu mengemas kini maklumat jika tiada perubahan. Berikut disediakan butiran mengenai Permohonan Baru dan Kemaskini STR 2026 :
Permohonan baharu STR perlu dibuat oleh :
- Pemohon yang tidak mempunyai rekod dalam sistem STR.
- Pemohon dengan pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
- Individu bujang / tiada pasangan / tiada anak dengan pendapatan RM2,500 dan ke bawah yang memenuhi syarat kelayakan.
Kemaskini permohonan STR perlu dibuat oleh :
- Penerima yang tidak mengemas kini permohonan selama tiga tahun berturut-turut.
- Penerima STR yang mempunyai perubahan maklumat terkini seperti sudah berkahwin, bilangan anak bertambah, atau perubahan pendapatan isi rumah.
Anda juga digalakkan untuk mengemas kini jika ingin menambah atau mengubah maklumat akaun bank, alamat surat-menyurat, nombor telefon, dan maklumat waris bagi memastikan bantuan dapat disalurkan dengan lancar.
Mereka yang sudah lulus STR tetapi ada perubahan status perkahwinan seperti bercerai atau pasangan meninggal dunia boleh mengemas kini maklumat selepas tarikh kemas kini dibuka. Individu yang memohon STR tetapi belum mendaftar akaun bank juga boleh menambah maklumat ini semasa kemaskini.
CARA KEMASKINI MYSTR
- Layari portal rasmi STR LHDNM di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ dan log masuk ke akaun MySTR anda menggunakan ID pengguna (No. MyKad) dan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Setelah berjaya log masuk, klik pada menu “Kemas Kini Permohonan” untuk mengemas kini maklumat seperti nombor telefon, alamat surat-menyurat, alamat e-mel, maklumat akaun bank, serta maklumat waris.
- Jika belum ada akaun MySTR, anda boleh mendaftar di portal tersebut mengikut panduan yang disediakan.
Selain dalam talian, anda juga boleh menghantar borang kemas kini permohonan STR ke Pejabat LHDN atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) terdekat. Pastikan semua maklumat yang diberikan adalah tepat dan terkini agar bantuan dapat diproses dengan lancar.
Untuk panduan lebih terperinci, rujuk panduan kemas kini STR (pdf) di bawah :
TEMPOH KEMASKINI STR 2026
Tempoh kemas kini STR bagi tahun 2026 bermula 13 Oktober 2025 dan dibuka sepanjang tahun. Anda boleh mengemas kini secara manual dengan menghantar borang ke pejabat LHDNM, Pejabat Satelit, atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) berhampiran.
Sila pantau portal rasmi STR di dan pengumuman media rasmi untuk maklumat terkini.
CARA PERMOHONAN STR 2026
Permohonan STR 2026 boleh dibuat melalui dua cara iaitu :
Secara Online Melalui Portal MySTR
Untuk memohon melalui Portal STR 2026, sila rujuk langkah-langkah berikut :
- Layari Portal STR 2026 di pautan berikut : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang “Permohonan Baharu”.
- Pilih sama ada ingin meneruskan permohonan dengan MyDigital ID (imbas kod QR) atau klik ‘Ya, Teruskan’ untuk permohonan biasa tanpa MyDigital ID.
- Lengkapkan maklumat pemohon isikan nombor MyKad anda dan tekan butang “Semak” untuk pengesahan awal.
- Isi semua maklumat peribadi, maklumat tanggungan, pendapatan, maklumat bank dan alamat emel yang diperlukan dalam borang permohonan.
- Muat naik dokumen sokongan seperti salinan MyKad, sijil nikah, sijil kelahiran anak, bukti pendapatan atau dokumen berkaitan sekiranya diminta.
- Sekiranya Pemohon berstatus Kahwin, sila muat naik dokumen sijil perkahwinan atau sila kemukakan sijil perkahwinan asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran selewat-lewatnya 7 hari selepas permohonan dibuat bagi tujuan pemprosesan permohonan.
- Sekiranya Pemohon berstatus Cerai, sila muat naik dokumen sijil cerai atau sila kemukakan sijil cerai asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran selewat-lewatnya 7 hari selepas permohonan dibuat bagi tujuan pemprosesan permohonan.
- Sekiranya Pemohon berstatus Kematian Pasangan, sila muat naik sijil kematian pasangan atau sila kemukakan sijil kematian asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran selewat-lewatnya 7 hari selepas permohonan dibuat bagi tujuan pemprosesan permohonan.
- Buat pengesahan dan tandakan kotak persetujuan sebelum menghantar permohonan.
- Hantar permohonan dan simpan nombor rujukan permohonan selepas berjaya dihantar untuk semakan status kemudian hari.
NOTA :
- Permohonan juga boleh dibuat di kaunter LHDN atau Pusat Khidmat Hasil jika menghadapi masalah akses online.
- Anda WAJIB daftar akaun MySTR baharu walaupun pernah mohon STR sebelum ini.
- Pastikan semua maklumat diisi lengkap dan betul untuk mengelakkan permohonan ditolak.
- Permohonan dibuka sepanjang tahun bermula 13 Oktober 2025.
Permohonan Baru STR 2026 Secara Manual
Pemohon boleh muat turun Borang BK-01 di portal rasmi MySTR untuk permohonan STR 2026. Kaedah penghantaran borang yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan berkaitan boleh :
- Diserahkan ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL; atau
- Penghantaran secara Pos terhad kepada borang permohonan yang diterima ke alamat : Peti Surat STR, GPO Shah Alam, 40800 Shah Alam, SELANGOR ; atau
- Sekretariat STR, Pejabat STR, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia, Presint 2, 62592 PUTRAJAYA
Nota : Penghantaran borang secara faks dan e-mel adalah tidak diterima
MAKLUMAT & INFO LANJUT
Untuk bantuan lanjut, hubungi LHDNM berhampiran atau :
- Talian Hotline BKK LHDNM : 1-800-88-2747.
- Emel : [email protected]