SEMAKAN STATUS STR 2026 – SEMAK KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH

SEMAKAN STATUS STR 2026 – SEMAK KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH

Semakan status kelayakan penerima, kemaskini maklumat dan permohonan baru untuk bantuan STR bagi tahun 2026 boleh dibuat melalui portal rasmi di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ mulai 13 Oktober 2025.

SEMAKAN KELAYAKAN STR 2026

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang bantuan STR 2026.

“Adakah anda layak bantuan SARA? Untuk menyemak status kelayakan anda KLIK DISINI.”

APA ITU STR?

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ialah program bantuan kerajaan untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang layak dan memerlukan bantuan kewangan bagi menghadapi cabaran kos sara hidup.

Penyasaran semula subsidi membolehkan kerajaan menambah baik pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2026, bagi memastikan keluarga berpendapatan rendah terus menerima bantuan yang sewajarnya.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA STR 2026

Berikut ialah syarat-syarat kelayakan untuk STR 2026 mengikut kategori penerima :

  • Isi Rumah
    • Berkahwin
    • Ibu atau bapa tunggal (balu/janda/duda) yang mempunyai anak yang memenuhi syarat
    • Pendapatan isi rumah RM5,000 atau kurang.
  • Warga Emas Tanpa Pasangan
    • Bujang atau ibu atau bapa tunggal (balu/janda/duda) yang tidak mempunyai anak yang memenuhi syarat
    • Berumur 60 tahun ke atas
    • Pendapatan RM5,000 atau kurang.
  • Bujang
    • Bujang atau ibu atau bapa tunggal (balu/janda/duda) yang tidak mempunyai anak yang memenuhi syarat
    • Berumur 21 hingga 59 tahun
    • Bujang yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas
    • Bukan pelajar IPTA/IPTS sepenuh masa
    • Berpendapatan RM2,500 atau kurang

Nota : Individu bujang berumur 21 tahun ke atas (termasuk OKU berumur 19 tahun ke atas) yang masih belajar sepenuh masa di IPTA/IPTS hanya boleh didaftarkan sebagai anak/tanggungan dalam permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan memohon sebagai individu bujang.

CARA DAFTAR AKAUN MySTR

Untuk makluman, anda dikehendaki untuk mendaftarkan semula akaun anda di laman MySTR walaupun telah mempunyai akaun sebelum ini untuk memastikan anda memperoleh segala manfaat di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini.

Untuk daftar akaun MySTR anda, ikuti langkah-langkah di bawah :

  • Layari portal MySTR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Klik pada butang “LOG MASUK”.
  • Klik ‘Daftar Pengguna Baharu’.
  • Pengesahan soalan keselamatan akan dipaparkan. Klik butang ‘Seterusnya’.
  • Masukkan Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan.
  • Klik butang ‘Daftar Akaun’.
  • Selesai
CARA DAFTAR AKAUN MYSTR 2026

SEMAKAN STATUS BANTUAN STR 2026

Setelah selesai daftar akaun MySTR, anda kini boleh membuat semakan status permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026. Untuk membuat semakan sila ikuti langkah-langkah mudah berikut :

  1. Log Masuk ke MySTR : Layari portal MySTR melalui laman web rasmi di https://bantuantunai.hasil.gov.my/. Cari butang atau pautan ‘Log Masuk‘ dan klik padanya.
  2. Masukkan Nombor MyKad : Di ruangan yang disediakan, masukkan nombor MyKad anda.
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan : Sistem akan meminta anda untuk mengesahkan kata kunci keselamatan yang telah anda tetapkan semasa pendaftaran.
  4. Masukkan Kata Laluan : Masukkan kata laluan yang anda gunakan semasa mendaftar akaun MySTR anda. Pastikan anda menggunakan kata laluan yang betul.
  5. Semakan Status : Selepas berjaya log masuk, cari dan klik butang ‘Semakan Status‘. Sistem akan memproses permintaan anda dan memaparkan maklumat terkini berkaitan STR anda.
  6. Maklumat Yang Dipaparkan : Anda akan dapat melihat beberapa maklumat penting, termasuk :
    • Status Permohonan : Ini akan menunjukkan sama ada permohonan anda masih dalam proses, telah diluluskan, atau ditolak.
    • Maklumat Pembayaran (Jika Ada) : Sekiranya permohonan anda telah diluluskan dan pembayaran telah dibuat, maklumat berkaitan pembayaran akan dipaparkan. Ini termasuk tarikh pembayaran, jumlah yang dibayar, dan kaedah pembayaran yang digunakan.
LOG MASUK STR 2026

Dengan mengikuti langkah-langkah ini, anda boleh menyemak status permohonan STR anda dengan mudah.

JUMLAH BANTUAN STR 2026

Jumlah Bantuan STR dan SARA tahun 2026

  • Isi Rumah Pendapatan bulanan ≤ RM2,500
    • Tiada anak : RM1,900
    • 1 – 2 anak : RM2,400
    • 3 – 4 anak : RM2,900
    • 5 anak ke atas : RM3,400
  • Isi Rumah Pendapatan bulanan RM2,501 – RM5,000
    • Tiada anak : RM1,400
    • 1 – 2 anak : RM1,650
    • 3 – 4 anak : RM1,900
    • 5 anak ke atas : RM2,150
  • Warga emas bujang : RM1,200
  • Bujang (pendapatan ≤ RM2,500) : RM600

Individu bujang di bawah 60 tahun tidak lagi menerima STR tunai, sebaliknya menerima bantuan dalam bentuk kredit SARA sebanyak RM600 setahun.

KADAR BAYARAN STR 2026
Kadar / Jumlah Bayaran Bantuan STR 2026

SOALAN LAZIM (FAQ) STR

Bagaimanakah saya boleh menyemak status permohonan STR?

Semakan status permohonan STR boleh dibuat melalui Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah.

Apakah yang dimaksudkan dengan status Permohonan Diterima dan Dalam Proses?

Status Permohonan Diterima adalah merujuk kepada permohonan STR yang telah diterima dan akan melalui proses verifikasi mengikut tempoh permohonan dihantar. Permohonan tersebut masih dibenarkan untuk dikemas kini sehingga status
permohonan ditukar kepada status Dalam Proses.
Status Dalam Proses pula adalah merujuk kepada permohonan STR yang telah diterima dan sedang dalam proses verifikasi kelayakan.

Apa Yang Perlu Saya Lakukan Jika Saya Tidak Mempunyai Akaun Bank?

Sekiranya tiada akaun bank, anda boleh memilih untuk menerima pembayaran secara tunai di kaunter BSN.

Permohonan STR 2026 boleh dibuat di kaunter LHDN?

Ya, selain online, permohonan boleh dibuat di cawangan LHDN, Pusat Khidmat Hasil, atau UTC.

MAKLUMAT & INFO LANJUT

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila :

Leave a Comment