SEMAK SARA 2026 : SEMAKAN BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diteruskan pada tahun 2026 sebagai antara bantuan bersasar kerajaan bagi membantu rakyat menangani kos sara hidup. Melalui mekanisme MyKasih, bantuan ini disalurkan dalam bentuk kredit tanpa tunai untuk pembelian barangan keperluan asas. Oleh itu, semakan SARA 2026 penting untuk mengetahui jumlah kelayakan, tarikh bayaran serta kaedah penggunaan bantuan bagi penerima yang berstatus lulus.
Bagaimanakah Cara Semak SARA 2026? Ikuti info lanjut disini.
APA ITU SARA 2026
Sumbangan Asas Rahmah 2026 merupakan inisiatif sokongan kos sara hidup yang disalurkan dalam bentuk kredit barangan keperluan, bukan wang tunai. Kredit ini dimasukkan terus ke dalam MyKad penerima dan hanya boleh digunakan untuk membeli barangan yang diluluskan di kedai rakan niaga MyKasih.
Pendekatan ini bertujuan memastikan bantuan digunakan untuk keperluan harian seperti makanan, barangan kebersihan, keperluan sekolah dan ubat-ubatan asas, sekali gus mengurangkan risiko salah guna.
CARA SEMAK SARA 2026
Berikut disediakan panduan untuk penerima melakukan semakan kelayakan untuk bantuan ini secara dalam talian sahaja:
Cara semakan status kelayakan di Portal MYKASIH :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula
- Tarikh Program Berakhir
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Selesai.
Cara semakan status kelayakan di Portal MySTR :
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
TARIKH BAYARAN SARA 2026
Menteri Kewangan Malaysia telah mengumumkan bahawa penyaluran Sumbangan Asas Rahmah untuk sesi 2026 ini akan bermula pada 9 Januari ini. Penyaluran adalah secara tanpa tunai yang akan dimasukkan ke dalam MyKad penerima masing-masing setiap bulan.
KATEGORI LAYAK SARA 2026
Bantuan ini ditawarkan kepada individu yang termasuk dalam kategori berikut:
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR): Mereka yang menerima STR 2026 akan mendapat bantuan tambahan sebanyak RM100 setiap bulan.
- Golongan Miskin Tegar (eKasih): Penerima yang tersenarai dalam pangkalan data eKasih akan mendapat tambahan bantuan RM200 sebulan.
- Individu Bujang: Bujang yang tidak lagi menerima STR tetapi akan menerima RM50 setiap bulan.
- Isi Rumah Berpendapatan Bawah RM2,500: Isi rumah dengan lima anak atau lebih boleh menerima bantuan SARA yang keseluruhan boleh mencecah RM4,600 setahun apabila digabungkan dengan STR.
SYARAT LAYAK SARA 2026
Syarat Kelayakan SARA 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026– Berstatus eKasih; dan
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026– Bukan eKasih;dan
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
BARANGAN SARA 2026
Berikut merupakan cara-cara untuk ketahui barangan yang dibolehkan untuk dibeli menggunakan bantuan SARA ini:
- Layari portal rasmi https://mykasih.my/senarai-barang-mykasih/.
- Skrol ke bahagian “Senarai Barangan Keperluan”.
- Klik pada butang “Muat Turun Senarai”.
- Lihat kategori seperti makanan, bayi, dan kebersihan.
- Pastikan barang dibeli termasuk dalam senarai sah.
- Jika ragu, semak dengan juruwang rakan niaga MyKasih.
- Elak membeli barangan bukan asas seperti rokok atau gajet.
- Gunakan senarai ini sebagai panduan pembelian bulanan.
- Catatkan barang dibeli untuk semakan perbelanjaan keluarga.
- Gunakan bantuan dengan bijak untuk manfaat maksimum.
MAKLUMAT TAMBAHAN
Bayaran STR & SARA 2026: Dijangka bermula awal tahun 2026 melalui akaun bank berdaftar atau di kaunter BSN bagi penerima tanpa akaun.
Bonus tambahan: Setiap rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan menerimabantuan tambahan RM100 (one-off) pada Februari 2026 sempena sambutan Ramadan dan Tahun Baru Cina.
SOALAN LAZIM (FAQ) MYSARA 2026
- Adakah perlu bayar lebih jika pembelian melebihi baki SARA?
- Ya, lebihan pembelian perlu dibayar pengguna secara tunai atau kaedah lain.
- Adakah baki SARA boleh dibawa ke bulan berikutnya?
- Ya, baki yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya tetapi akan luput selepas tempoh program tamat.
- Di mana saya boleh guna SARA?
- SARA boleh digunakan di kedai runcit, pasar raya, dan stesen minyak berdaftar yang menerima program ini
- Berapakah amaun SARA yang diterima?
- Penerima layak menerima antara RM600 hingga RM1,200 setahun bergantung kategori seperti isi rumah, warga emas tanpa pasangan, ataupun individu bujang.
- Bagaimana cara semak kelayakan SARA?
- Semakan boleh dibuat melalui surat pemakluman, SMS blast dari MyKasih, serta portal rasmi MyKasih di https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus dengan memasukkan nombor MyKad.
RUJUKAN
Dalam artikel ini kami menulis maklumat daripada info yang sahih iaitu melalui Portal rasmi MyKasih SARA untuk memudahkan penerima mengetahui maklumat bayaran untuk tahun 2026. Sekiranya anda mempunyai masalah dan pertanyaan lebih lanjut, sila rujuk di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]