BILA MASUK DUIT DALAM MYKAD 2026 : SEMAKAN STATUS KELULUSAN PEMOHON BANTUAN SARA MYKASIH & TARIKH MULA DIBAYAR

BILA MASUK DUIT DALAM MYKAD 2026 : SEMAKAN STATUS KELULUSAN PEMOHON BANTUAN SARA MYKASIH & TARIKH MULA DIBAYAR

Penerima SARA akan dimaklumkan melalui Sistem Pesanan Ringkas atau melalui aplikasi WhatsApp yang dihantar oleh Yayasan MyKasih iaitu agensi pelaksana SARA. Pemakluman ini dilakukan bagi mengesahkan status penerima program beserta tarikh dan masa untuk sertai taklimat mengenai program.

Bilakah masuk duit dalam mykad 2026? Ikuti info lanjut disini.

BACA JUGA : BILA MASUK EKASIH 2026 : CEK TARIKH & STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN RM200 SETIAP BULAN DALAM IC

KATEGORI LAYAK MASUK DUIT DALAM MYKAD 2026

Bantuan ini ditawarkan kepada individu yang termasuk dalam kategori berikut:

  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR): Mereka yang menerima STR 2026 akan mendapat bantuan tambahan sebanyak RM100 setiap bulan.
  • Golongan Miskin Tegar (eKasih): Penerima yang tersenarai dalam pangkalan data eKasih akan mendapat tambahan bantuan RM200 sebulan.
  • Individu Bujang: Bujang yang tidak lagi menerima STR tetapi akan menerima RM50 setiap bulan.
  • Isi Rumah Berpendapatan Bawah RM2,500: Isi rumah dengan lima anak atau lebih boleh menerima bantuan SARA yang keseluruhan boleh mencecah RM4,600 setahun apabila digabungkan dengan STR.

BILA MASUK DUIT DALAM MYKAD 2026

Bantuan ke dalam mykad akan diagihkan pada tarikh seperti berikut :

  • SARA bulanan sehingga RM200 akan dikreditkan secara berperingkat ke dalam MyKad penerima mulai 9 Januari 2026.
  • Pembayaran STR Fasa 1 sehingga RM500 akan mula dikreditkan bermula 20 Januari 2026.
  • Seramai 22 juta rakyat Malaysia akan menerima RM100 melalui MyKad yang akan dikreditkan mulai 9 Februari 2026, bagi meringankan kos menjelang persiapan Ramadan dan Tahun Baharu Cina.

SYARAT KELAYAKAN SARA 2026

Syarat Kelayakan SARA 2026, terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026– Berstatus eKasih; dan
    • Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
  • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026– Bukan eKasih;dan
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.

JUMLAH DUIT MASUK DALAM MYKAD 2026

Kategori isi rumah, warga emas dan bujang akan terima bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan jumlah yang berbeza seperti berikut :

  • Isi Rumah B40 (Daftar eKasih) : RM2,400 setahun.
  • Isi Rumah B40 & M40 : RM1,200 setahun.
  • Warga Emas : RM600 setahun.
  • Bujang : RM600 setahun.

*Serta bayaran tambahan one-off sebanyak RM100 kepada 22 juta rakyat Malaysia termasuk penerima B40 dan M40.

BARANGAN SARA 2026

Antara barang-barang keperluan asas yang boleh dibeli dengan menggunakan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah :

  • Beras.
  • Mi Segera.
  • Roti.
  • Biskut.
  • Telur.
  • Gula dan Garam.
  • Sos, Kicap dan sebagainya.
  • Tepung.
  • Minyak masak.
  • Produk tenusu – susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis.
  • Ubat-ubatan
  • Sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci.
  • Lampin pakai buang.
  • Barangan persekolahan – kasut, beg, buku alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya.

CARA SEMAK STATUS DUIT DALAM MYKAD 2026

Berikut adalah cara semakan status :

  1. Sila layari portal rasmi di :https://www.sara.gov.my/
  2. Paparan halaman utama Portal Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
  3. Terus klik pada butang [Semak Kelayakan].
  4. Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
  5. Isikan ruangan yang disediakan dengan nombor Kad Pengenalan (IC).
  6. *Pastikan tanpa jarak dan tanpa sengkang (-).
  7. Tunggu pengesahan : Success!.
  8. Kemudian, klik butang [Semakan Status].
  9. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Dalam artikel ini kami menulis maklumat daripada info yang sahih iaitu melalui Portal rasmi MyKasih SARA untuk memudahkan penerima mengetahui maklumat bayaran untuk tahun 2026. Sekiranya anda mempunyai masalah dan pertanyaan lebih lanjut, sila rujuk di bawah :

  • Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
  • Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
  • Alamat E-mel : [email protected]

Leave a Comment