SEMAK SYUKUR SABAH 2026 : FASA 2

SEMAK SYUKUR SABAH 2026 : FASA 2

Bantuan Sentuhan Kasih khas untuk rakyat Negeri Sabah, Kerajaan Negeri mengambil langkah yang baik dengan menghasilkan program yang menyentuh hati rakyat dan juga meringankan beban.

Bagaimanakah cara semak Syuhur Sabah 2026? Ikuti info lanjut disini.

BACA JUGA : SYUKUR SABAH 2026 SEMAKAN : FASA 2

CARA SEMAK SYUKUR SABAH 2026

Status kelayakan penerima Bantuan Sabah secara online seperti berikut :

  • Portal PADANS Sabah;
  • Aplikasi YONO Superapp

Cara Semakan Status di Portal Rasmi PADANS :

  1. Sila layari pautan Portal Rasmi PADANS di pautan berikut : https://padans.sabah.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Portal Rasmi PADANS.
  3. Lihat pada ‘Semakan Permohonan’ dan klik pada butang [Semak].
  4. Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan.
  5. Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-)
  6. Kemudian, klik pada butang [Semak].
  7. Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
  8. ⁠Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
  9. ⁠Selesai.

Cara Semakan Status di Aplikasi YONO Superapp :

  1. Muat turun aplikasi ‘YONO Superapp melalui Apps Store / Play Store dalam telefon bimbit anda.
  2. Kemudian, buka aplikasi tersebut.
  3. Daftarkan akaun anda.
  4. Masukkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  5. Log Masuk akaun yang telah didaftarkan.
  6. Buka bahagian modul [Bantuan].
  7. Semak status kelayakan Bantuan SYUKRU Sabah anda.
  8. Selesai.

TARIKH AGIHAN SYUKUR SABAH 2026

Berikut adalah tarikh bantuan Syukur Sabah disalurkan :

  • Fasa 1 (Jan–Mac)
    • Bayaran: Februari – Mac 2026
  • Fasa 2 (Apr–Jun)
    • Bayaran: Mei – Jun 2026
  • Fasa 3 (Jul–Sep)
    • Bayaran: Ogos – September 2026
  • Fasa 4 (Okt–Dis)
    • Bayaran: November – Disember 2026

Nota penting: Tarikh boleh berubah tertakluk kepada pengumuman rasmi kerajaan negeri.

SYARAT LAYAK SYUKUR SABAH 2026

Terdapat (2) cara yang melayakkan diri untuk menerima bantuan Syukur Sabah :

Syarat kelayakan utama :

  • Individu yang berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2025.
  • Warganegara Malaysia
  • Pemegang kad pengenalan berstatus ‘H’ (penduduk asal Sabah).
  • Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah lebih dari 1 tahun
  • Tersenarai sebagai Ketua Isi Rumah dalam data sistem eKasih atau PADANS Sabah sehingga 31 Disember 2025. (Untuk yang belum ada data atau belum mendaftar, pendaftaran perlu dilakukan di Pejabat Pembangunan Negeri atau Pejabat Daerah yang berdekatan.)
  • KIR miskin dan miskin tegar dalam pangkalan datan eKasih & PADANS (semakan berkala).

Syarat tambahan :

  • Bukti kediaman seperti bil utiliti, penyata bank atau surat pengesahan ketua kampung untuk pengesahan alamat/mas tempatan diperlukan semasa permohonan.
  • Penerima bukan pelajar sekolah (pemohon hendaklah terdiri daripada golongan dewasa, ibu tunggal, belia lepasan sekolah yang layak dan mengurus rumah tangga).

NOTA: Kelayakan ditentukan berdasarkan data rasmi dalam sistem eKasih dan PADANS. Oleh itu, pemohon dinasihatkan untuk memastikan maklumat pendapatan dan isi rumah sentiasa dikemas kini.

SOALAN LAZIM

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SYUKUR SABAH:

  • Bila semakan kelayakan SYUKUR Sabah dibuka?
    • Semakan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja, namun untuk setiap Fasa Pembayaran dibuka bermula tarikh pembayaran fasa diumumkan.
  • Bolehkah saya semak kelayakan menggunakan telefon pintar?
    • Ya, semakan boleh dibuat di Portal Rasmi SYUKUR Sabah menggunakan telefon bimbit.
  • Adakah bantuan ini hanya untuk warga Sabah?
    • Ya, KIR yang menetap di Sabah dan memenuhi syarat kelayakan sahaja akan menerima bantuan ini.
  • Bagaimana jika nama saya tiada dalam senarai penerima SYUKUR Sabah?
    • Anda boleh menghubungi saluran hotline rasmi bantuan untuk membuat rayuan dan pendaftaran semula.

RUJUKAN

Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan SYUKUR SABAH, anda boleh rujuk saluran berikut:

  • Talian Bantuan: 088 338 338
  • Portal Rasmi SYUKUR : https://padans.sabah.gov.my/
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment