SYUKUR SABAH 2026 SEMAKAN : FASA 2
SYUKUR Sabah adalah program bantuan tunai bulanan serta berfasa yang di khaskan hanya untuk penduduk negeri Sabah, ia merupakan sebuah inisiatif kerajaan Negeri Sabah dibawah program sentuhan kasih rakyat bagi membantu meringankan beban rakyat dimasakini.
Bagaimanakah cara semak Syukur Sabah 2026? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.
BACA JUGA : SENARAI BANTUAN HARI RAYA 2026 – SEMAK KELAYAKAN PENERIMA
PENGENALAN SYUKUR SABAH 2026
SYUKUR Sabah (Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah) ialah program bantuan tunai bulanan sebanyak RM200 yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Sabah melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat. Bantuan ini disasarkan kepada golongan miskin dan miskin tegar di negeri Sabah bagi membantu meringankan beban kos sara hidup sepanjang tahun. Program ini memberi fokus kepada rakyat Sabah yang berdaftar dalam sistem pangkalan data kebajikan negeri seperti PADANS dan eKasih.
OBJEKTIF SYUKUR SABAH 2026
Tujuan utama pelaksanaan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah untuk :
- Meringankan beban kewangan penerima untuk mendapatkan keperluan asas khususnya makanan;
- Menyokong golongan yang memerlukan bantuan untuk kehidupan yang lebih wajar;
- Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Negeri Sabah.
- Sebagai tanda keperihatinan dan kasih sayang Kerajaan Sabah kepada rakyatnya.
SYARAT LAYAK BANTUAN SABAH 2026
Terdapat (2) cara yang melayakkan diri untuk menerima bantuan Syukur Sabah :
Syarat kelayakan utama :
- Individu yang berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2025.
- Warganegara Malaysia
- Pemegang kad pengenalan berstatus ‘H’ (penduduk asal Sabah).
- Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah lebih dari 1 tahun
- Tersenarai sebagai Ketua Isi Rumah dalam data sistem eKasih atau PADANS Sabah sehingga 31 Disember 2025. (Untuk yang belum ada data atau belum mendaftar, pendaftaran perlu dilakukan di Pejabat Pembangunan Negeri atau Pejabat Daerah yang berdekatan.)
- KIR miskin dan miskin tegar dalam pangkalan datan eKasih & PADANS (semakan berkala).
Syarat tambahan :
- Bukti kediaman seperti bil utiliti, penyata bank atau surat pengesahan ketua kampung untuk pengesahan alamat/mas tempatan diperlukan semasa permohonan.
- Penerima bukan pelajar sekolah (pemohon hendaklah terdiri daripada golongan dewasa, ibu tunggal, belia lepasan sekolah yang layak dan mengurus rumah tangga).
NOTA: Kelayakan ditentukan berdasarkan data rasmi dalam sistem eKasih dan PADANS. Oleh itu, pemohon dinasihatkan untuk memastikan maklumat pendapatan dan isi rumah sentiasa dikemas kini.
CARA KREDIT BANTUAN SYUKUR SABAH 2026
Pengkreditan bantuan SABAH kepada penerima adalah seperti berikut :
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima; atau
- Tunai di kaunter bank bagi yang tiada akaun bank; atau
- Dikreditkan melalui akaun e-Wallet di aplikasi YONO Superapp.
SYUKUR SABAH 2026 SEMAKAN
Status kelayakan penerima Bantuan Sabah secara online seperti berikut :
- Portal PADANS Sabah;
- Aplikasi YONO Superapp
Cara Semakan Status di Portal Rasmi PADANS :
- Sila layari pautan Portal Rasmi PADANS di pautan berikut : https://padans.sabah.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Portal Rasmi PADANS.
- Lihat pada ‘Semakan Permohonan’ dan klik pada butang [Semak].
- Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan.
- Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-)
- Kemudian, klik pada butang [Semak].
- Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
- Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- Selesai.
Cara Semakan Status di Aplikasi YONO Superapp :
- Muat turun aplikasi ‘YONO Superapp melalui Apps Store / Play Store dalam telefon bimbit anda.
- Kemudian, buka aplikasi tersebut.
- Daftarkan akaun anda.
- Masukkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
- Log Masuk akaun yang telah didaftarkan.
- Buka bahagian modul [Bantuan].
- Semak status kelayakan Bantuan SYUKUR Sabah anda.
- Selesai.
TARIKH AGIHAN SYUKUR SABAH 2026
Berikut adalah tarikh bantuan Syukur Sabah disalurkan :
- Fasa 1 (Jan–Mac)
- Bayaran: Februari – Mac 2026
- Fasa 2 (Apr–Jun)
- Bayaran: Mei – Jun 2026
- Fasa 3 (Jul–Sep)
- Bayaran: Ogos – September 2026
- Fasa 4 (Okt–Dis)
- Bayaran: November – Disember 2026
Nota penting: Tarikh boleh berubah tertakluk kepada pengumuman rasmi kerajaan negeri.
SOALAN LAZIM (FAQ) SYUKUR SABAH
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SYUKUR SABAH:
- Bila semakan kelayakan SYUKUR Sabah dibuka?
- Semakan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja, namun untuk setiap Fasa Pembayaran dibuka bermula tarikh pembayaran fasa diumumkan.
- Bolehkah saya semak kelayakan menggunakan telefon pintar?
- Ya, semakan boleh dibuat di Portal Rasmi SYUKUR Sabah menggunakan telefon bimbit.
- Adakah bantuan ini hanya untuk warga Sabah?
- Ya, KIR yang menetap di Sabah dan memenuhi syarat kelayakan sahaja akan menerima bantuan ini.
- Bagaimana jika nama saya tiada dalam senarai penerima SYUKUR Sabah?
- Anda boleh menghubungi saluran hotline rasmi bantuan untuk membuat rayuan dan pendaftaran semula.
RUJUKAN
Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan SYUKUR SABAH, anda boleh rujuk saluran berikut:
- Talian Bantuan: 088 338 338
- Portal Rasmi SYUKUR : https://padans.sabah.gov.my/
- e-Mel : [email protected]