SENARAI BANTUAN HARI RAYA 2026 – SEMAK KELAYAKAN PENERIMA

SENARAI BANTUAN HARI RAYA 2026 – SEMAK KELAYAKAN PENERIMA

Terkini! Sebagai penghargaan dan meringankan beban rakyat Malaysia dalam membuat menyambut Hari Raya Aidilfitri, Kerajaan telah mengumumkan beberapa pemberian bantuan kewangan yang akan diberikan pada bulan Mac.

Bagaimanakah semakan bantuan khas hari raya 2026? Ikuti info lanjut disini.

BACA JUGA : DOA LAILATUL QADAR – 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN

APA ITU BANTUAN HARI RAYA 2026

Bantuan Khas Kewangan (BKK) RM500 ialah bayaran one-off yang diberikan oleh kerajaan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan yang layak. Bantuan ini biasanya diumumkan melalui pembentangan Belanjawan atau kenyataan rasmi kerajaan.

  • Tujuan utama bantuan ini adalah untuk:
    • Meringankan beban kos sara hidup
    • Membantu perbelanjaan isi rumah
    • Memberi penghargaan kepada penjawat awam dan pesara.

SIAPA LAYAK SENARAI BANTUAN HARI RAYA 2026

Bantuan Kewangan Khas (BKK) 2026 akan diberikan kepada individu yang menepati syarat kelayakan di bawah :

  • Pegawai Perkhidmatan Awam, Gred 15 dan ke bawah atau setara:
    • Pegawai lantikan tetap, sementara dan lantikan kontrak [Contract of Service (COS) dan Pekerja Sambilan Harian];
    • Pegawai yang bercuti bergaji penuh;
    • Pegawai yang bercuti separuh gaji;
    • Pegawai yang bercuti tanpa gaji; dan
    • Pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya, yang mana BKK ini akan dibayar oleh agensi yang meminjam pegawai berkenaan.
  • Personel mystep yang masih berkhidmat;
  • Guru interim;
  • Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Utama B dan ke atas serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya; dan
  • Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran, Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman.
  • Pesara Kerajaan :

JUMLAH DAN TARIKH BANTUAN HARI RAYA 2026

Bantuan Khas Kewangan Kerajaan (BKK) 2026 akan dilaksanakan seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUANTARIKH BAYARAN
Penjawat Awam
(Gred 15 dan ke bawah termasuk pegawai/kakitangan lantikan kontrak)
RM50013 MAC 2026
Pesara Kerajaan
Berpencen & Tidak Berpencen
RM25013 MAC 2026

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan Khas Kewangan (Penjawat Awam & Pesara) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.


Leave a Comment