SEMAK KELAYAKAN EKASIH – PENERIMA BAYARAN SARA 2026
Setakat ini, penerima yang mendaftar eKasih direkodkan hampir 700,000 ribu individu yang berkelayakan untuk menerima bayaran Bantuan SARA dengan kadar yang lebih tinggi berbanding penerima yang tidak mendaftar eKasih.
Bagaimanakah semak kelayakan penerima eKasih bayaran SARA? Rujuk panduan dan baca info penuh di bawah.
BACA JUGA : SEMAK STATUS BAYARAN MYKASIH SETIAP BULAN DALAM IC
APA ITU EKASIH SARA?
EKasih adalah merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang memiliki data rakyat (Ketua Isi Rumah dan Ahli Isi Rumah) yang berpendapatan bawah garis kemiskinan semasa yang layak untuk menerima pelbagai bentuk bantuan kewangan.
SARA pula merupakan sebuah bantuan kewangan (Sumbangan Asas Rahmah) yang disalurkan kepada penerima eKasih dengan kadar bayaran yang tertinggi sehingga RM2,400 setahun untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup.
KADAR BAYARAN EKASIH SARA 2026
Kadar bayaran Bantuan SARA terhadap penerima yang mendaftar eKasih adalah berbeza dengan penerima yang tidak mendaftar eKasih seperti berikut :
- Penerima SARA Mendaftar eKasih :
| KATEGORI PENERIMA | BAYARAN BULANAN | BAYARAN SETAHUN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 | RM2,400 |
| Warga Emas | RM150 | RM1,800 |
| Bujang | RM100 | RM1,200 |
- Penerima SARA Bukan eKasih :
| KATEGORI PENERIMA | BAYARAN BULANAN | BAYARAN SETAHUN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM100 | RM1,200 |
| Warga Emas | RM50 | RM600 |
| Bujang | RM50 | RM600 |
SYARAT KELAYAKAN EKASIH
Kelayakan penerima eKasih diukur berdasarkan syarat-syarat khas yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Ketua Isi Rumah (KIR) / Ahli Isi Rumah (AIR);
- Berpendapatan Bawah Garis Kemiskinan (PGK) Purata per kapita ‘Miskin dan Miskin Tegar’;
- Contoh pendapatan miskin tegar : RM1,169 sebulan;
- Contoh pendapatan miskin : RM2,208 sebulan.
*Nota : Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan bagi sesuatu isi rumah yang berdaftar dalam Sistem eKasih.
SEMAK KELAYAKAN EKASIH
Untuk ketahui kelayakan sama ada layak atau tidak, semakan hanya boleh dilakukan melalui portal rasmi yang disediakan oleh Kerajaan seperti berikut :
- Cara Semakan Kelayakan eKasih :
- Sila layari Portal rasmi eKasih – https://ekasih2.icu.gov.my/.
- Portal rasmi eKasih akan dipaparkan.
- Scroll ke bahagian bawah.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Klik pada [ ] I’m not a robot.
- Klik pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status pendaftaran eKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
Walaupun anda tidak mendaftar eKasih, anda masih layak menerima bayaran Bantuan SARA sekiranya layak. Semak kelayakan anda sebagai penerima Bantuan SARA seperti berikut :
- Cara Semakan Kelayakan SARA :
- Sila layari Portal rasmi SARA – https://sara.gov.my/.
- Portal rasmi SARA akan dipaparkan.
- Terus klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Tandakan pada [ ] Verify you are human.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima SARA akan dipaparkan.
- Selesai.
INFO LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 7720 1800 / https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian eKasih : 03 8000 8000 / https://www.malaysia.gov.my/portal/contact.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami tidak pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.