SEMAK STATUS BAYARAN MYKASIH SETIAP BULAN DALAM IC
Dalam IC (Kad Pengenalan) anda mungkin mempunyai Bantuan MyKasih kerana Kerajaan menyalurkannya secara automatik setiap bulan tanpa perlu kemukakan sebarang permohonan.
Bagaimanakah cara semak status bayaran MyKasih setiap bulan dalam IC? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN SARA BULANAN – KELAYAKAN PENERIMA 2026
CARA BAYARAN MYKASIH
Kerajaan menyalurkan bayaran Bantuan MyKasih secara tanpa tunai (cashless) terus ke dalam IC (Kad Pengenalan) penerima seperti isi rumah (ketua isi rumah) dan bujang (individu) pada setiap bulan.
Penerima yang layak perlu menggunakan Bantuan MyKasih setiap bulan untuk beli barang keperluan asas sebelum tamat tempoh (31 Disember 2026).
KADAR BAYARAN MYKASIH SETIAP BULAN
Ketahui bahawa kadar bayaran Bantuan MyKasih untuk setiap kategori penerima berlainan disalurkan setiap bulan seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN |
|---|---|
| Isi Rumah B40 | RM200 setiap bulan |
| Isi Rumah M40 | RM100 setiap bulan |
| Warga Emas B40 | RM150 setiap bulan |
| Warga Emas M40 | RM50 setiap bulan |
| Bujang B40 | RM100 setiap bulan |
| Bujang M40 | RM50 setiap bulan |
CARA GUNA BAYARAN MYKASIH DALAM IC
Penerima yang layak menerima bayaran Bantuan MyKasih dalam IC boleh menggunakannya dengan mudah seperti cara-cara berikut :
- Pergi ke kedai-kedai yang berdaftar dengan MyKasih berhampiran anda.
- Ambil barang dapur atau lain-lain keperluan asas yang terpilih.
- *Pastikan ada label MyKasih pada rak tanda harga.
- Berikan IC kepada juruwang untuk pengesahan penerima.
- Juruwang akan imbas setiap barang yang dipilih.
- Pembayaran akan disahkan menggunakan IC anda.
- Resit pembelian akan diberikan.
*Catatan : Pembelian melebihi kadar bantuan atau bukan barang MyKasih yang terpilih, penerima perlu membuat bayaran secara tunai sendiri.
JADUAL BAYARAN MYKASIH SETIAP BULAN
Setiap bulan dari Januari hingga Disember, pembayaran Bantuan MyKasih dilaksanakan dan bermula tarikh berikut penerima boleh buat pembelian barang keperluan asas :
| BIL. | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| 1. | 9 & 16 Januari 2026 |
| 2. | 1 Februari 2026 |
| 3. | 1 Mac 2026 |
| 4. | 1 April 2026 |
| 5. | 1 Mei 2026 |
| 6. | 1 Jun 2026 |
| 7. | 1 Julai 2026 |
| 8. | 1 Ogos 2026 |
| 9. | 1 September 2026 |
| 10. | 1 Oktober 2026 |
| 11. | 1 November 2026 |
| 12. | 1 Disember 2026 |
SEMAK STATUS BAYARAN MYKASIH SETIAP BULAN DALAM IC
Oleh kerana bayaran Bantuan MyKasih dikreditkan dalam IC, status bayaran hanya boleh disemak secara online melalui Portal Rasmi MyKasih seperti berikut :
- Pergi ke Portal Rasmi MyKasih (https://www.mykasih.com.my/ms/).
- Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Masukkan Nombor IC anda pada ruang yang disediakan.
- *Tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
- Klik pada kotak [ ] Verify you are human.
- Klik pula pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipaparkan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Maklumat dalam artikel ini kami peroleh dari Portal Rasmi MyKasih dan kami kongsikan untuk mudahkan carian orang ramai. Namun, sekiranya tuan / puan ingin mengetahui maklumat lebih lanjut, sila rujuk :
- Talian MyKasih : 03-7720 1800
- E-mel MyKasih : [email protected]
- https://www.mykasih.com.my/ms/.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.