SEMAKAN SARA BULANAN – KELAYAKAN PENERIMA 2026

SEMAKAN SARA BULANAN – KELAYAKAN PENERIMA 2026

Peruntukan sebanyak RM15 billion disalurkan kepada rakyat yang berpendapatan rendah seperti B40 dan M40 melalui inisiatif Bantuan SARA Bulanan yang disalurkan setiap bulan bermula Januari hingga Disember (sepanjang tahun 2026).

Bagaimanakah semakan kelayakan penerima SARA Bulanan? Rujuk panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN MYKASIH RM100 : STATUS KELAYAKAN & BAYARAN

APA ITU SARA BULANAN?

SARA Bulanan iaitu Sumbangan Asas Rahmah yang merupakan sebuah program bantuan yang disalurkan setiap bulan untuk membantu rakyat memenuhi keperluan asas seperti barang dapur, produk penjagaan diri, ubat-ubatan, produk kebersihan rumah dan sebagainya.

Namun, Bantuan SARA Bulanan tidak disalurkan secara tunai tetapi disalurkan secara tanpa tunai terus ke dalam Kad Pengenalan penerima kerana Kerajaan ingin ianya terus digunakan untuk perbelanjaan barang keperluan asas di mana-mana 10,000 premis yang tersedia seluruh Malaysia.

JUMLAH BAYARAN SARA BULANAN

Penerima yang berstatus ‘Miskin dan Miskin Tegar’ akan terima bayaran dengan jumlah yang berlainan dengan penerima yang berstatus ‘Asas Bukan Miskin’ seperti berikut :

PENERIMA STATUS
MISKIN & MISKIN TEGAR
PENERIMA STATUS
ASAS BUKAN MISKIN
Isi Rumah :
RM200 setiap bulan
Isi Rumah :
RM100 setiap bulan
Warga Emas :
RM150 setiap bulan
Warga Emas :
RM50 setiap bulan
Bujang :
RM100 setiap bulan
Bujang :
RM50 setiap bulan

TARIKH BAYARAN SARA BULANAN

Sebulan sekali Bantuan SARA akan disalurkan ke dalam Kad Pengenalan dan penerima yang layak boleh terus menggunakannya untuk beli barang keperluan asas setelah menerima bayaran.

Berikut merupakan tarikh bayaran Bantuan SARA Bulanan untuk tahun 2026 :

TARIKH BAYARAN SARA
9 – 16 Januari 2026
1 Februari 2026
1 Mac 2026
1 April 2026
1 Mei 2026
1 Jun 2026
1 Julai 2026
1 Ogos 2026
1 September 2026
1 Oktober 2026
1 November 2026
1 Disember 2026

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA SARA BULANAN 2026

Tanpa perlu kemukakan sebarang permohonan, Bantuan SARA Bulanan disalurkan secara automatik kepada penerima yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara : Malaysia;
  • Kategori : Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang;
  • Lulus Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;
  • Kadar Pendapatan :
    • Miskin & Miskin Tegar – Pendapatan Bawah Garis Kemiskinan (PGK);
    • Asas Bukan Miskin – Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 sebulan.

SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA SARA BULANAN

Bagi yang ingin mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA Bulanan, anda boleh buat semakan melalui laman sesawang yang rasmi seperti panduan di bawah :

  1. Sila layari laman sesawang rasmi SARA di sini :
  2. Anda akan dipaparkan ke halaman utama SARA.
  3. Terus klik pada butang [Semak Kelayakan].
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan (MyKad*) anda.
    • Ikut format : tanpa sengkang (-) dan tanpa jarak.
      • Contoh : 800330112345.
  5. Klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA Bulanan akan dipaparkan.
  7. Selesai.

**Contoh paparan status penerima yang layak menerima Bantuan SARA Bulanan :

Nama ProgramSARA Bulanan 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki Terkumpul Setakat Ini (RM)200.00

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.

Leave a Comment