BANTUAN SARA BUJANG 2026 : SEMAKAN & BAYARAN
Kini seramai lebih 3.1 juta rakyat yang merupakan individu ‘Bujang’ yang dipilih layak untuk menerima bayaran Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) secara bulanan selama tempoh 12 bulan / setahun dengan kadar bayaran sehingga RM1,300 setahun.
Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut berkaitan Bantuan SARA Bujang, sila baca di bawah.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BUJANG
Bukan semua individu bujang di Malaysia layak menerima Bantuan SARA kerana ianya khusus kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Bujang belum berkahwin / balu / duda / janda (tiada anak);
- Had umur 21 hingga 59 tahun (OKU Bujang 19 tahun ke atas);
- Pendapatan tidak melebihi RM2,500 sebulan;
- *Bagi pendapatan bawah garis kemiskinan mestilah tersenarai dalam rekod data e-Kasih.
- Lulus permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026.
KADAR BANTUAN SARA BUJANG 2026
Kategori bujang dibahagikan kepada dua (2) kelayakan dan akan menerima bayaran Bantuan SARA dengan kadar yang berlainan mengikut kelayakan seperti berikut :
| KELAYAKAN BUJANG | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN | KADAR BAYARAN SETAHUN |
|---|---|---|
| Bujang Pendapatan Garis Miskin | RM100 sebulan | RM1,200 setahun |
| Bujang Pendapatan RM2,500 | RM50 sebulan | RM600 setahun |
TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA BUJANG
Setiap penerima Bujang yang disahkan ‘Layak’ akan menerima bayaran Bantuan SARA dalam Kad Pengenalan setiap bulan dari bulan Januari hingga Disember mengikut tarikh yang ditetapkan seperti jadual di bawah :
| BIL. | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| 1. | 16 Januari 2026 (Jumaat) |
| 2. | 1 Februari 2026 (Ahad) |
| 3. | 1 Mac 2026 (Ahad) |
| 4. | 1 April 2026 (Rabu) |
| 5. | 1 Mei 2026 (Jumaat) |
| 6. | 1 Jun 2026 (Isnin) |
| 7. | 1 Julai 2026 (Rabu) |
| 8. | 1 Ogos 2026 (Sabtu) |
| 9. | 1 September 2026 (Selasa) |
| 10. | 1 Oktober 2026 (Khamis) |
| 11. | 1 November 2026 (Ahad) |
| 12. | 1 Disember 2026 (Selasa) |
SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA
Individu bujang atau yang berkeluarga yang ingin mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA boleh membuat semakan di laman web rasmi SARA mengikut panduan berikut :
- Sila layari laman web rasmi SARA di pautan tertera di bawah :
- Anda akan dibawa ke halaman utama SARA.
- Scroll sedikit ke bawah dan klik butang [Semak Kelayakan SARA].
- Bahagian ‘Semakan Status SARA’ akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda ikut format :
- Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>
- Contoh : 800101002345
- Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>
- Tandakan pada kotak [Verify you are human].
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA akan dipaparkan seperti contoh berikut :
| Nama Program | SARA Bulanan 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM) | 300.00 |
RUJUKAN LANJUT
Segala maklumat yang ditulis dalam artikel ini adalah dirujuk berdasarkan kenyataan rasmi yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia melalui laman web rasmi https://www.mykasih.com.my/ms/.
Pihak kami hanya berkongsi maklumat terkini untuk memudahkan carian orang ramai berkaitan ‘Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah)’ untuk pengetahuan umum sahaja.
Melalui artikel yang dibaca ini, pihak kami sama sekali tidak meminta sebarang maklumat peribadi pembaca atau tidak pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan ini.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib melalui :
- Talian Rasmi SARA : 03-7720 1800
- E-mel Rasmi SARA : [email protected]