STR FASA 3 : SEMAKAN STR FASA 3 2026 (PANDUAN LENGKAP)
Khabar gembira buat jutaan penerima B40 dan M40 di seluruh negara! Pengkreditan STR Fasa 3 kini menjadi tumpuan utama selepas Kementerian Kewangan mengesahkan agihan dana khas bantuan Sumbangan Tunai Rahmah akan mula disalurkan terus ke akaun bank penerima tidak lama lagi.
Bagi anda yang tertanya-tanya sama ada nama anda tergolong dalam senarai penerima fasa ini atau ingin tahu jumlah sebenar bayaran yang bakal masuk ke akaun, semakan status kini sudah boleh dilakukan secara rasmi.
Jangan biarkan bayaran anda tertangguh atau berstatus Gagal Kredit — berikut adalah panduan lengkap merangkumi jadual tarikh pengkreditan, kadar bantuan mengikut kategori isi rumah, serta langkah mudah semakan melalui portal MySTR!
Baca juga: BANTUAN SARA OGOS 2026 : SEMAKAN & TARIKH BAYAR
TARIKH BAYARAN STR FASA 3
Tarikh bayaran STR FASA 3 2026, akan dilaksanakan bermula pada:
| FASA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| FASA 3 | Bulan Ogos 2026 akan dikemaskini jika rasmi diumumkan. |
JUMLAH STR FASA 3
Jumlah bayaran yang diterima bagi fasa ini adalah berbeza mengikut kategori isi rumah, julat pendapatan bulanan, serta bilangan tanggungan anak.
- Kategori Isi Rumah :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH STR FASA 3 |
|---|---|
| Isi Rumah berpendapatan RM2,500 kebawah | Tiada (0) Anak : RM200 Anak 1 hingga 2 : RM300 Anak 3 hingga 4 : RM450 Anak 5 dan Ke atas : RM600 |
| Isi Rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada (0) Anak : RM0 Anak 1 hingga 2 : RM150 Anak 3 hingga 4 : RM200 Anak 5 dan Ke atas : RM250 |
- Kategori Bujang :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH STR FASA 3 |
|---|---|
| Bujang – Warga Emas (Berumur 60 tahun dan ke atas) | RM150 |
| Bujang (Berumur 21 sehingga 59 tahun) | Bayaran digantikan Bantuan SARA : RM50 Setiap Bulan (Total RM600 setahun) |
SYARAT KELAYAKAN STR 2026
Kelayakan penerima STR 2026 terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Berkahwin (ADA atau TIDAK ANAK); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
- menepati syarat;
- Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang (TIADA ANAK);
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang (TIADA ANAK) yang menepati syarat; dan
- Berumur 21 sehingga 59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
SEMAKAN STR FASA 3
Panduan lengkap cara semakan STR FASA 3 2026 secara online di sini:
- Layari pautan rasmi mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login.
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No. Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Untuk Semakan Status anda boleh tekan Semakan Permohonan STR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
KAEDAH BAYARAN STR 2026
Proses agihan dana bagi pembayaran STR dilaksanakan secara berperingkat menerusi dua saluran utama berpandukan status akaun bank penerima:
- Penerima Mempunyai Akaun Bank: Bayaran akan dikreditkan secara terus (direct credit) ke akaun bank pemohon atau pasangan yang berstatus aktif.
- Penerima Tiada Akaun Bank / Status Gagal Kredit: Penunaian secara terus boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan dengan membawa kad pengenalan (MyKad) asal pemohon.
TALIAN BANTUAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotline STR LHDNM: 1-800-88-2747
- Hotline Kementerian Kewangan (MOF): 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected].
SOALAN LAZIM STR 2026
Dijangka masuk pada bulan Ogos 2026 secara berperingkat, tertakluk kepada pengumuman rasmi Kementerian Kewangan (MOF).
Bayaran bergantung kepada kategori kelayakan yang diluluskan, iaitu antara RM150 hingga RM650. Jumlah spesifik ini ditentukan oleh pendapatan isi rumah, bilangan anak, serta kategori bujang atau warga emas.
Semakan status boleh dilakukan dengan melog masuk ke Portal Rasmi MySTR LHDNM menggunakan nombor MyKad dan kata laluan anda, kemudian tekan menu Semakan Status dan tekan Maklumat Bayaran.
Pemohon baharu atau kemas kini yang diluluskan sebelum tempoh akhir pemprosesan Fasa 3 akan turut menerima bayaran mengikut kadar kelayakan kategori masing-masing.