SEMAKAN CUKAI TANAH PAHANG : PANDUAN LENGKAP PDF & ONLINE
Rakyat yang memilik tanah atau kediaman di Pahang diwajibkan untuk menunaikan Cukai Tanah pada setiap tahun dan Cukai Tanah dikenakan kepada pemilik-pemilik tanah (landed), tanah pegangan bebas (freehold) dan pajakan (leasehold) yang dinilai oleh Kerajaan negeri menerusi Pejabat Tanah dan Galian (PTG).
Sekiranya pemilik tanah tidak menjelaskan bayaran cukai dalam tempoh yang ditetapkan, pihak berkuasa mempunyai hak untuk merampas tanah atau rumah pemilik yang ingkar membayar cukai tanah – berdasarkan Seksyen 100, Kanun Tanah Negara (KTN) 1965.
Pemilik-pemilik tanah di Pahang boleh membuat bayaran cukai kepada pihak Kerajaan Negeri secara online mengikut panduan lengkap di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN STR FASA 3 2026
PENGENALAN CUKAI TANAH PAHANG
Cukai Tanah ditafsirkan sebagai ‘Cukaisewa’ di bawah Seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1995 sebagai :
- Setiap tahun pemilik tanah / rumah perlu membuat bayaran kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) sebagai Cukaisewa.
- Apa-apa bayaran tahunan lain yang terhutang kepada PBN yang menurut mana-mana undang-undang bertulis, hendaklah dipungut seolah-olah ianya cukai sewa atau hasil tanah; dan
- Apa-apa bayaran terhutang kepada PBN sebagai Tunggakan Cukaisewa.
Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik tanah (atau wakil pihaknya) untuk membayar cukai tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri, tanpa perlu menunggu makluman melalui Bil Hasil Tanah.
CUKAI TANAH & CUKAI TAKSIRAN
Berikut merupakan cara / kaedah bayaran Cukai Tanah dan Cukai Taksiran (Cukai Pintu) :
| BAYARAN CUKAI TANAH | BAYARAN CUKAI TAKSIRAN |
|---|---|
| Dibayar kepada Pejabat Daerah dan Tanah Negeri | Dibayar kepada Pihak Berkuasa Tempatan |
SEMAKAN CUKAI TANAH PAHANG
Pemilik tanah / pemilik rumah di Pahang boleh membuat semakan dan bayar Cukai Tanah melalui empat (4) kaedah berikut :
- Pejabat Daerah dan Tanah (PDT).
- Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Indera Mahkota, Kuantan.
- Kaunter Bayaran Hasil Tanah, Aras Bawah, Pusat Transformasi Bandar (UTC), Kuantan.
- Portal Rasmi : https://ptg.pahang.gov.my/.
CARA SEMAKAN & CUKAI TANAH PAHANG
Semakan dan bayaran Cukai Tanah untuk Negeri Pahang boleh dilakukan secara online mengikut cara-cara berikut :
- Panduan Bayaran Cukai di Pejabat Tanah :
- Sila bawa Kad Pengenalan diri.
- Buat semakan pada kaunter dengan nyatakan No. Daftar Hakmilik (contoh : 060201HSD0000066677).
- Juruwang akan sahkan bayaran.
- Bayar secara tunai atau menggunakan Kad Bank anda di kaunter.
- Selesai.
- Panduan Bayaran Cukai secara online :
- Sila layari portal rasmi https://fpxptg.pahang.gov.my/fpx/fpx_qrycukai.php.
- Baca terma dan syarat yang dinyatakan dalam portal tersebut.
- Ikuti arahan-arahan yang diberikan.
- Klik pada butang [ ] Setuju dengan syarat-syarat diberikan.
- Pilih bank yang digunakan untuk bayaran.
- Masukkan No. Daftar Hakmilik tanah / rumah anak.
- Bayar mengikut amaun yang dinyatakan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Segala maklumat dalam artikel ini berkaitan ‘Cukai Tanah Pahang’ adalah dirujuk sepenuhnya daripada pihak Kerajaan Negeri Pahang di pautan ini https://ptg.pahang.gov.my/.
Tujuan artikel ini ditulis dan dikongsikan adalah untuk memudahkan carian dan panduan untuk membuat bayaran cukai tanah.
Melalui maklumat yang kami kongsikan ini, pihak kami tidak sama sekali meminta maklumat peribadi pembaca dan tidak pernah meminta sebarang bayaran.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Rasmi PTG : 09-5712600
- E-mel Rasmi PTG : [email protected]