BANTUAN STR 2027 (CARA DAFTAR & REGISTER PORTAL MYSTR)
Pendaftaran dan registration akaun pengguna di Portal MySTR amat penting untuk pemohon baharu dan penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk mengkases portal tersebut untuk tujuan semakan status permohonan dengan mudah secara online.
Bagaimanakah cara daftar portal bantuan str 2027? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: LOGIN STR FASA 4 (SEMAKAN STATUS 2026 BANTUAN)
SYARAT DAFTAR PORTAL BANTUAN STR
Pemohon baharu atau penerima sedia ada STR yang tidak mempunyai akaun/berdaftar Portal MySTR perlu daftar untuk tujuan seperti :
- Semakan Status Permohonan Baharu;
- Semakan Status Kelayakan Setiap Fasa;
- Semakan Status Kelayakan SARA;
- Semakan Status Bayaran Setiap Fasa (Kredit/Gagal/Dalam Proses)
Panduan Lengkap Cara Daftar/Register Portal MySTR (Bantuan STR) :
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2027 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Anda akan dipaparkan Halaman Utama MySTR.
- Tekan butang (LOG MASUK).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Klik butang (Semak).
- Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan. Sila klik Daftar Pengguna Baharu untuk meneruskan.
- Sila klik butang (Daftar Pengguna Baharu).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
- Kemudian, tekan (Hantar Emel Pengesahan).
- Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
- Klik (Sahkan Akaun Saya).
- Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
- Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
- Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
- Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
- Tekan butang (Seterusnya).
- Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
- Kemudian, klik (Daftar Akaun).
- Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
- Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
- Selesai.
KADAR BANTUAN STR 2027
Kadar peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 ditambahbaik dengan peningkatan kadar bayaran seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH STR 2027 |
|---|---|
| Isi Rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah | Tiada (0) Anak : RM200 Anak 1 hingga 2 : RM600 Anak 3 hingga 4 : RM1,100 Anak 5 dan Ke atas : RM1,600 |
| Isi Rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada (0) Anak : RM200 Anak 1 hingga 2 : RM450 Anak 3 hingga 4 : RM700 Anak 5 dan Ke atas : RM950 |
| Warga Emas Tiada Pasangan (Berumur 60 tahun dan ke atas) | RM600 |
| Bujang (Berumur 21 sehingga 59 tahun) | Bayaran digantikan Bantuan SARA (RM50 Setiap Bulan) |
SYARAT PENERIMA BANTUAN STR
Syarat Kelayakan Penerima BANTUAN STR 2027, terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Warganegara Malaysia;
- Berkahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak);
- Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas (Tiada Pasangan)
- Warganegara Malaysia;
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak);
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Warganegara Malaysia;
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak);
- Berumur 21 sehingga 59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPTA / IPTS) sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
PERMOHONAN BANTUAN STR 2027
Jika anda memenuhi kriteria dan kelayakan STR 2027, anda boleh membuat PERMOHONAN BANTUAN STR 2027 secara online seperti langkah-langkah berikut :
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang (Permohonan Baharu) pada Laman Utama MySTR 2027.
- Klik butang (Teruskan Permohonan Baharu) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
- Halaman Permohonan Baru akan dipaparkan, dan Lengkapkan Maklumat Pemohon (ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi).
- Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
- Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
- Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
- Isikan Maklumat pemohon :
- Nombor Telefon Bimbit Pemohon;
- Pekerjaan;
- Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
- Isikan Status Perkahwinan Pemohon :
- Kahwin;
- Cerai;
- Kematian Pasangan;
- Bujang
- Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
- Masukkan Nombor Akaun Bank.
- Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
- Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
- Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
- Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
- Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian Kementerian Kewangan (MOF) : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]
- Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Info/FAQSistem