BANTUAN STR 2027 : CARA PERMOHONAN BANTUAN STR 2027 ONLINE

BANTUAN STR 2027 : CARA PERMOHONAN BANTUAN STR 2027 ONLINE

Permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun 2027 kini dibuka untuk individu yang ingin menerima bantuan Kerajaan, dimana permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) dan manual.

Bagaimanakah permohonan bantuan str 2027? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN STR FASA 4 2026

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR

Sebelum membuat permohonan STR, anda mestilah terdiri daripada individu yang :

  • Belum pernah menerima STR sebelum ini;
  • Tiada rekod dalam sistem STR; atau

Syarat kelayakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027, terdiri daripada tiga (3) kategori utama seperti berikut :

KATEGORI PENERIMASYARAT KELAYAKAN
Isi RumahWarganegara Malaysia;

Berkahwin
(Ada atau Tiada Anak);

Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
(Ada Anak);

Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah
Warga Emas Tanpa PasanganBujang; atau

Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
(Tiada Anak);

Berumur 60 tahun dan ke atas;

Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah
BujangBujang; atau

Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
(Tiada Anak);

Berumur 21 tahun sehingga 59 tahun;

Berumur 19 tahun sehingga 59 tahun (OKU);

Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;

Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah

JUMLAH BANTUAN STR 2027

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027, akan dilaksanakan secara empat (4) kali pembayaran setahun dengan pembahagian kadar amaun seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah (berpendapatan RM2,500 ke bawah) :
BILANGAN ANAKKADAR SETAHUNFASA 1, 2, 3, 4
Tiada AnakRM200Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa
1 hingga 2 AnakRM600Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa
3 hingga 4 AnakRM1,100Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa
5 Anak Ke AtasRM1,600Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa
  • Kategori Isi Rumah (berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000) :
BILANGAN ANAKKADAR SETAHUNFASA 1, 2, 3, 4
Tiada AnakRM200Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa
1 hingga 2 AnakRM450Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa
3 hingga 4 AnakRM700Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa
5 Anak Ke AtasRM950Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa
  • Warga Emas Tanpa Pasangan :
KATEGORI PENERIMAKADAR SETAHUNFASA 1, 2, 3, 4
Warga Emas Tanpa Pasangan
(Berusia 60 tahun ke atas)
RM600Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa
  • Bujang :
KATEGORI PENERIMABANTUAN SARATOTAL KESELURUHAN
Bujang

Berusia 21 sehingga 59 tahun
RM50 Setiap Bulan
(Januari sehingga Disember)
RM600

KAEDAH PERMOHONAN BANTUAN STR

Permohonan rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027, terdiri daripada dua (2) kaedah seperti berikut :

  • Permohonan Secara Manual (Fizikal) :
    • Melalui borang kertas permohonan STR (BK-01) di Pejabat Hasil / HASiL Satelit / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM berdekatan
    • Tarikh Permohonan : Bermula 1 Oktober 2026 (Khamis)
  • Permohonan Secara Dalam Talian (Online) :
    • Melalui dalam talian (online) di Portal Rasmi MySTR
    • Tarikh Permohonan : Bermula 15 Oktober 2026 (Khamis)

PERMOHONAN BANTUAN STR ONLINE

Panduan lengkap cara permohonan bantuan str 2027 online di Portal Rasmi MySTR :

  1. Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Klik butang (Permohonan Baharu) pada Laman Utama MySTR 2027.
  3. ⁠Klik butang (Teruskan Permohonan Baharu) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  4. Halaman Permohonan Baru akan dipaparkan, dan Lengkapkan Maklumat Pemohon (ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi).
  5. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
  6. Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
  7. Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
  8. Isikan Maklumat pemohon :
    • Nombor Telefon Bimbit Pemohon;
    • Pekerjaan;
    • Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
  9. ⁠Isikan Status Perkahwinan Pemohon :
    • Kahwin;
    • Cerai;
    • Kematian Pasangan;
    • Bujang
  10. ⁠Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
  11. ⁠Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
  12. ⁠Masukkan Nombor Akaun Bank.
  13. ⁠Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  14. ⁠Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
    • Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
    • Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
  15. Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  16. ⁠Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
  17. Muat naik dokumen Sokongan.
  18. Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
  19. Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
  20. Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  21. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  22. ⁠Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
  23. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  24. Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
  25. ⁠Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
  26. ⁠Selesai.

INFO LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Info/FAQSistem

Leave a Comment