SYARAT KELAYAKAN KAD PERAK : 2025 SEMAKAN & PERMOHONAN

SYARAT KELAYAKAN KAD PERAK : 2025 SEMAKAN & PERMOHONAN

Kerajaan Perak berhasrat meringankan beban rakyat melalui program Kad Prihatin Perak. Program ini disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih baik dalam masyarakat majmuk di negeri ini menjelang tahun 2025.

Melalui program ini, mereka yang layak akan menerima Kad Perak Sejahtera. Kad ini mengandungi sejumlah wang yang bertujuan untuk membantu meringankan beban kehidupan penerima.

Ingin tahu syarat kelayakan Kad Perak? Teruskan membaca untuk maklumat lanjut.

BACA JUGA : CARA PERMOHONAN KAD PERAK SEJAHTERA 2025 (PANDUAN LENGKAP)

CARA SEMAK KELAYAKAN KAD PERAK

Untuk mengetahui sama ada anda layak memohon Kad Perak Sejahtera,layari laman web rasmi https://member.perakprihatin.com/site/login dan masukkan nombor kad pengenalan di halaman yang disediakan.

SYARAT KELAYAKAN KAD PERAK PRIHATIN

KAEDAH MENGAKTIFKAN KAD PERAK

Setelah mendaftar dan menerima kad ini, anda perlu mengaktifkannya dahulu sebelum boleh mula digunakan. Pengaktifan kad boleh dibuat melalui pautan ini : https://kiplepay.com/cards/card-activation/pp#home

CARA AKTIFKAN KAD PERAK

CARA MENGUNAKAN KAD BANTUAN PERAK PRIHATIN

Jika anda memenuhi syarat untuk menerima bantuan ini dan sudah mengaktifkan Kad Perak Prihatin, berikut adalah panduan untuk menggunakannya :

  1. Kunjungi pasar raya atau kedai yang tersenarai dalam senarai yang disediakan.
  2. Pilih barang keperluan asas yang anda perlukan.
  3. Berikan kad anda kepada juruwang di kaunter pembayaran. (Semak baki anda dahulu sebelum membuat pembelian).
  4. Juruwang akan merekodkan barang keperluan yang anda ambil. (Hanya barang yang tersenarai sahaja boleh dibeli dengan kad ini).
  5. Juruwang akan memasukkan kad anda ke dalam mesin pembayaran.
  6. Masukkan nombor pin anda untuk membuat pembayaran. (Jika baki anda tidak mencukupi, anda boleh membayar menggunakan wang sendiri).

SENARAI BARANGAN KELAYAKAN KAD PERAK

Barangan yang diluluskan kerajaan Perak dibawah bantuan perak prihatin adalah seperti berikut :

  • Beras.
  • Mi dan bihun.
  • Roti.
  • Biskut.
  • Telur.
  • Gula dan garam.
  • Rempah ratus, sos, kicap dan sebagainya.
  • Tepung.
  • Minyak Masak.
  • Daging, ayam, lembu, kambing dan ikan.
  • Sabun kelengkapan mandian dan bahan pencuci.
  • Lampin Pakai buang (Dewasa/Bayi).
  • Produk tenusu (Susu segar, susu tepung, susu sejat, dan susu pekat manis).
  • Barangan Persekolahan (Kasut, beg, buku, alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya).

Nota : Hanya barangan yang tersenarai di atas diluluskan untuk pembelian, Tiada Had dari segi jenama barangan yang dipilih.

RUJUKAN

Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan bantuan atau maklumat tambahan berkenaan Kad Perak Sejahtera boleh diperoleh dengan menghubungi:

Leave a Comment