CARA PERMOHONAN KAD PERAK SEJAHTERA 2025 (PANDUAN LENGKAP)

CARA PERMOHONAN KAD PERAK SEJAHTERA 2025 (PANDUAN LENGKAP)

Kad Perak Sejahtera, yang dulunya disebut Kad Perak Prihatin, adalah program bantuan di bawah inisiatif Program Perak Prihatin. Kerajaan negeri amat komited untuk memastikan kebajikan rakyat Perak sentiasa terjaga dan bertambah baik melalui program ini.

Kepada penduduk Perak yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang bantuan ini dan bagaiman cara permohonannya?, sila teruskan membaca sehingga akhir.

BACA JUGA : SEMAK BANTUAN KAD PERAK 2025 ONLINE

CARA PERMOHONAN KAD PERAK SEJAHTERA 2025

Sila masukkan nombor kad pengenalan anda di laman web https://member.perakprihatin.com/site/login untuk memeriksa sama ada anda layak memohon Kad Perak Sejahtera.

LANGKAH MENGAKTIFKAN KAD PERAK PRIHATIN

Setelah mendaftar dan menerima kad ini, anda perlu mengaktifkannya terlebih dahulu sebelum menggunakannya. Pengaktifan kad boleh dibuat melalui pautan ini https://kiplepay.com/cards/card-activation/pp#home

CARA AKTIFKAN KAD PERAK SEJAHTERA

CARA MENGUNAKAN KAD BANTUAN PERAK

Bagi anda yang layak menerima bantuan ini dan telah mengaktifkan Kad Perak Sejahtera, anda boleh menggunakan kad tersebut dengan cara berikut:

  1. Pergi ke pasaraya atau kedai yang berdaftar seperti yang disenaraikan dalam dokumen di bawah.
  2. Pilih barangan keperluan asas yang diperlukan.
  3. Serahkan kad anda kepada juruwang di kaunter pembayaran(Pastikan anda menyemak baki sebelum melakukan pembelian)
  4. Juruwang akan merekodkan barangan keperluan yang diambil pelanggan(hanya barangan yang tersenarai sahaja akan diluluskan untuk pembelian menggunakan kad ini)
  5. Setelah itu juruwang akan memasukkan kad anda ke dalam terminal pembayaran.
  6. Masukkan nombor pin anda bagi melakukan pembayaran.(Jika baki tidak mencukupi anda boleh melakukan pembayaran menggunakan duit anda sendiri.)

SENARAI BARANGAN LULUS KAD PERAK PRIHATIN

Barangan yang diluluskan kerajaan Perak dibawah bantuan perak prihatin adalah seperti berikut :

  • Beras.
  • Mi dan bihun.
  • Roti.
  • Biskut.
  • Telur.
  • Gula dan garam.
  • Rempah ratus, sos, kicap dan sebagainya.
  • Tepung.
  • Minyak Masak.
  • Daging, ayam, lembu, kambing dan ikan.
  • Sabun kelengkapan mandian dan bahan pencuci.
  • Lampin Pakai buang (Dewasa/Bayi).
  • Produk tenusu (Susu segar, susu tepung, susu sejat, dan susu pekat manis).
  • Barangan Persekolahan (Kasut, beg, buku, alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya).

Nota : Hanya barangan yang tersenarai di atas diluluskan untuk pembelian, Tiada Had dari segi jenama barangan yang dipilih.

RUJUKAN

Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan bantuan atau maklumat tambahan berkenaan Kad Perak Sejahtera boleh diperoleh dengan menghubungi :

Leave a Comment