SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN ASAS RAHMAH TERBARU 2025

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN ASAS RAHMAH TERBARU 2025

Bantuan Asas Rahmah atau SARA adalah kesinambungan daripada inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di bawah konsep “Payung Rahmah”. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Yayasan MyKasih dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

BANTUAN ASAS RAHMAH TERBARU 2025

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai bantuan SARA ini.

APA ITU SARA?

SARA atau Sumbangan Asas Rahmah adalah bantuan tambahan kepada penerima STR yang berstatus miskin dan miskin tegar eKasih, dan disalurkan melalui program MyKasih.

SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)

Tujuan utama :

  • Membantu golongan miskin dan miskin tegar untuk membeli barangan keperluan asas.
  • Menggalakkan penggunaan transaksi tanpa tunai melalui MyKad.
  • Memastikan bantuan digunakan untuk keperluan isi rumah yang sebenar.

Mulai Januari 2025, penerima yang layak akan menerima RM100 setiap bulan melalui MyKad untuk membeli barang keperluan asas di lebih 600 pasar raya. Jumlah ini akan dinaikkan kepada RM200 sebulan mulai April 2025.

“Jika anda belum semak status bantuan STR, boleh rujuk panduan Semakan STR 2025 di sini

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN ASAS RAHMAH

Ada dua kategori utama penerima Bantuan SARA :

  1. Penerima STR berstatus eKasih (miskin atau miskin tegar) : Mereka ini warganegara Malaysia yang ada dalam pangkalan data eKasih dan lulus STR 2025.
  2. Penerima STR bukan eKasih : Warganegara yang lulus STR tetapi tidak termasuk dalam eKasih juga layak menerima bantuan SARA.

Penerima dalam kategori ini tidak perlu buat permohonan tambahan. Sistem akan uruskan berdasarkan data yang sedia ada.

JUMLAH BANTUAN MENGIKUT KATEGORI PENERIMA

Setiap penerima yang layak untuk SARA 2025 akan menerima jumlah bantuan seperti berikut :

Kategori Penerima STR & eKasih :

  • Isi Rumah – RM2,100 (RM100 sebulan Januari – Mac, RM200 sebulan April – Disember)
  • Warga Emas Tiada Pasangan – RM1,650 (RM100 sebulan Januari – Mac, RM150 sebulan April – Disember)
  • Bujang – RM600 (RM50 sebulan Januari – Disember)

Kategori Penerima STR sahaja :

  • Isi Rumah – RM900 (RM100 sebulan April – Disember)
  • Warga Emas Tiada Pasangan – RM450 (RM50 sebulan April – Disember)

SARA ONE OFF (RM100) 31 OGOS

Bermula 31 Ogos 2025, kerajaan akan mengkreditkan RM100 secara one-off ke dalam MyKad setiap rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas melalui program SARA Untuk Semua.

SARA ONE OFF

Bantuan ini boleh digunakan untuk membeli barang keperluan asas di kedai dan pasar raya yang terlibat.

Maklumat penting :

  • Kredit RM100 SARA Untuk Semua ini boleh digunakan sehingga 31 Disember 2025.
  • Baki yang tidak digunakan akan ditarik balik dan akan diagihkan semula kepada golongan yang memerlukan melalui program lain.
  • Setiap individu layak menerima RM100, dan sesebuah isi rumah boleh menerima jumlah yang lebih tinggi secara kolektif.

Pastikan anda semak dan gunakan bantuan ini sebelum tamat tempoh!

CARA SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN SARA

Untuk semak status kelayakan Bantuan Asas Rahmah Terbaru 2025, penerima boleh ikut langkah-langkah berikut :

  • Pergi ke laman web rasmi : https://www.mykasih.com.my/
  • Klik butang SEMAK STATUS di bahagian atas laman.
  • Masukkan nombor MyKad anda (tanpa tanda -), contohnya 85XXXXXXXXXX.
  • Isikan kod captcha yang tertera.
  • Tekan butang Semak Status untuk lihat hasilnya.

Jika anda layak, maklumat tentang status bantuan dan jumlah yang akan diterima akan ditunjukkan. Jika tidak layak, tiada rekod akan dipaparkan.

Sekiranya layak, anda boleh membeli mulai tarikh program bermula sehingga tarikh program berakhir.

PANDUAN MEMBELI BARANG GUNA BANTUAN SARA

Berikut adalah langkah pembelian :

  • Pilih barangan keperluan yang mempunyai label MyKasih di rak.
  • Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan status.
  • Juruwang mengimbas kod barangan yang dibeli.
  • Anda masukkan nombor PIN 6-digit untuk mengesahkan pembayaran.
  • Simpan resit untuk rujukan dan semakan baki.
CARA GUNA BANTUAN SARA

CARA SEMAK BAKI BANTUAN SARA 2025

Anda boleh semak baki SARA 2025 melalui cara berikut:

  • Semakan portal rasmi MyKasih
  • Semakan resit pembelian

Untuk lebih mudah, muat turun aplikasi MyKasih di Google Play atau Apple App Store secara percuma untuk semak baki dalam akaun MyKad, jenis barangan yang boleh dibeli, dan kedai terdekat untuk membeli-belah.

SENARAI BARANGAN YANG BOLEH DIBELI

Penerima boleh membeli barang keperluan asas daripada 14 kategori produk yang dibenarkan, iaitu :

  1. Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
  2. Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
  3. Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
  4. Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
  5. Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
  6. Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
  7. Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
  8. Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
  9. Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
  10. Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
  11. Produk kebersihan : Colgate / Dettol / Kotex.
  12. Ubat-ubatan : Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam.
  13. Barangan persekolahan : Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler.
  14. Barangan Kebersihan : Sabun pinggan / Sabun / serbuk pencuci pakaian / Pencuci lantai

SENARAI KEDAI RAKAN NIAGA MYKASIH

Antara kedai yang menerima kredit MyKasih :

  • Mydin,
  • Econsave,
  • Pasar Raya Giant,
  • Lotus’s,
  • Speedmart99, dan beberapa kedai runcit komuniti terpilih.

Senarai penuh kedai boleh dilihat di laman rasmi.

SOALAN LAZIM (FAQ)

Bagaimana cara memohon SARA 2025?

Tidak perlu memohon. Kelayakan SARA 2025 adalah automatik berdasarkan data Miskin Tegar dan Miskin eKasih sehingga 31 Oktober 2024.

Apa itu SARA One Off?

SARA One Off atau SARA Untuk Semua adalah pemberian RM100 yang diberikan menerusi MyKad mulai 31 Ogos – 31 Disember 2025 kepada warganegara berumur 18 tahun ke atas.

Bolehkah bantuan ini ditukar kepada wang tunai?

Tidak. Bantuan ini hanya boleh digunakan untuk pembelian barang keperluan asas.

Bolehkah saya menggunakan RM100 ini untuk membeli-belah secara online?

Tidak boleh. Bantuan ini hanya sah digunakan di kedai fizikal yang berdaftar dan mengambil bahagian dalam program ini.

Maklumat & Info Lanjut

Leave a Comment