BANTUAN HASIL GOV MY (STR 2026 SEMAKAN PERMOHONAN)
Semakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun 2026 kini dibuka bermula pada 13 Oktober 2025. Untuk memastikan anda menerima manfaat STR sepenuhnya, sila semak permohonan atau kemas kini maklumat anda bagi tahun 2026.

Berikut adalah maklumat lanjut tentang Sumbangan Tunai Rahmah (STR), termasuk kelayalan terkini, cara membuat permohonan baharu dan cara daftar akaun mystr.
Baca Juga : STR Fasa 4 2025 (Semakan Status & Jumlah Bayaran Mengikut Kategori)
APA ITU STR?
Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2026) ialah bantuan kewangan kerajaan kepada golongan B40 dan M40 untuk meringankan kos sara hidup.

STR 2026 disasarkan kepada :
- Isi rumah berpendapatan bulanan bawah RM2,500 atau antara RM2,501 hingga RM5,000.
- Warga emas tiada pasangan berpendapatan ≤ RM5,000.
- Individu bujang berpendapatan ≤ RM2,500 yang menepati kriteria kelayakan (bukan pelajar sepenuh masa).
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA STR 2026
Siapakah yang berhak menerima Sumbangan Tunai Rahmah bagi tahun 2026? Sila lihat jadual di bawah :
| Kategori Individu | Syarat Kelayakan |
|---|---|
| Isi Rumah | • Sudah berkahwin; atau ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak yang memenuhi syarat. • Pendapatan isi rumah RM5,000 atau kurang. |
| Warga Emas Tiada Pasangan | • Bujang atau ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak yang memenuhi syarat. • Berumur 60 tahun ke atas. • Pendapatan RM5,000 atau kurang. |
| Bujang | • Bujang atau ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak yang memenuhi syarat. • Berumur 21-59 tahun. • Bujang OKU berumur 19 tahun ke atas. • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa. • Pendapatan RM2,500 atau kurang. |
NOTA : Individu bujang berumur 21 tahun ke atas, termasuk OKU berumur 19 tahun ke atas yang masih belajar di IPTA/IPTS, hanya boleh dimasukkan sebagai anak/tanggungan dalam permohonan isi rumah. Mereka tidak boleh membuat permohonan sebagai individu bujang.
CARA DAFTAR AKAUN MySTR 2026
Semua pemohon perlu mendaftar akaun MySTR yang baharu, termasuk mereka yang sudah mempunyai akaun pada tahun-tahun sebelumnya.Untuk daftar akaun MySTR anda, ikuti langkah-langkah di bawah :
- Layari portal STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik pada butang “LOG MASUK”.
- Klik ‘Daftar Pengguna Baharu’.
- Pengesahan soalan keselamatan akan dipaparkan. Klik butang ‘Seterusnya’.
- Masukkan Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan.
- Klik butang ‘Daftar Akaun’.
- Selesai
CARA LOGIN AKAUN STR 2026
Setelah anda menyelesaikan proses pendaftaran di atas, anda boleh login ke dalam akaun anda dengan cara berikut :
- Masukkan nombor kad pengenalan anda di portal rasmi STR
- Klik butang “Log Masuk”
- Kemudian, klik “Semak” setelah memastikan nombor kad pengenalan anda betul.
- Klik “Ya” sekiranya kata kunci keselamatan anda betul.
- Masukkan kata laluan, dan klik “Log Masuk”
- Selesai.
Sekiranya anda telah memohon STR, status permohonan anda akan dipaparkan di bahagian “Semakan Permohonan” seperti dalam gambar di bawah :

SIAPA YANG PERLU BUAT PERMOHONAN BARU STR 2026?
Permohonan baharu STR perlu dibuat oleh :
- Pemohon yang tidak mempunyai rekod dalam sistem STR.
- Pemohon dengan pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
- Individu bujang / tiada pasangan / tiada anak dengan pendapatan RM2,500 dan ke bawah yang memenuhi syarat kelayakan.
PANDUAN PERMOHONAN BARU STR 2026
Permohonan STR 2026 boleh dibuat melalui dua cara iaitu ;
Secara Online Melalui Portal MySTR
Untuk memohon melalui Portal STR 2026, sila rujuk langkah-langkah berikut :
- Layari Portal STR 2026 di pautan berikut : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang “Permohonan Baharu”.
- Pilih sama ada ingin meneruskan permohonan dengan MyDigital ID (imbas kod QR) atau klik ‘Ya, Teruskan’ untuk permohonan biasa tanpa MyDigital ID.
- Lengkapkan maklumat pemohon isikan nombor MyKad anda dan tekan butang “Semak” untuk pengesahan awal.
- Isi semua maklumat peribadi, maklumat tanggungan, pendapatan, maklumat bank dan alamat emel yang diperlukan dalam borang permohonan.
- Muat naik dokumen sokongan seperti salinan MyKad, sijil nikah, sijil kelahiran anak, bukti pendapatan atau dokumen berkaitan sekiranya diminta.
- Buat pengesahan dan tandakan kotak persetujuan sebelum menghantar permohonan.
- Hantar permohonan dan simpan nombor rujukan permohonan selepas berjaya dihantar untuk semakan status kemudian hari.
Permohonan Baru STR 2026 Secara Manual
Pemohon boleh muat turun Borang BK-01 untuk permohonan STR 2026. Kaedah penghantaran borang STR 2026 yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan berkaitan boleh :
- Diserahkan ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL; atau
- Penghantaran secara Pos terhad kepada borang permohonan yang diterima ke alamat : Peti Surat STR, GPO Shah Alam, 40800 Shah Alam, SELANGOR ; atau
- Sekretariat STR, Pejabat STR, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia, Presint 2, 62592 PUTRAJAYA
Nota : Penghantaran borang secara faks dan e-mel adalah tidak diterima
SOALAN LAZIM (FAQ)
Pemohon yang perlu membuat Permohonan Baharu STR 2026 adalah seperti berikut : Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR 2025; sertaBerpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atauBerpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.
Tidak. Bantuan ini adalah untuk Warganegara Malaysia yang menetap dan bekerja di Malaysia sahaja.
Anda boleh memohon STR secara dalam talian walaupun tanpa maklumat akaun bank. Walau bagaimanapun, adalah lebih baik jika anda masukkan maklumat akaun supaya pembayaran STR lebih mudah dan pantas tanpa perlu ke BSN.
Ya, boleh dibuat di cawangan LHDN atau Pusat Khidmat Hasil seluruh negara.
Tidak perlu memohon, SARA diberikan secara automatik kepada penerima STR yang layak.
MAKLUMAT & INFO LANJUT MENGENAI STR 2026
Untuk mengetahui maklumat terkini mengenai STR 2026, anda boleh ikuti dan layari :
- Laman web rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Facebook rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)