BANTUAN JOHOR RM200 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA

BANTUAN JOHOR RM200 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA

Berita baik untuk rakyat Johor tahun 2026 ini, Kerajaan Negeri Johor kembali dengan Bantuan Kasih Johor (BKJ 2026), satu inisiatif kebajikan berskala besar yang dijangka memberi manfaat kepada lebih 330,000 rakyat.

Bagaimanakah cara semakan Bantuan Johor RM200? Ikuti info lanjut disini sekarang sehingga akhir.

BACA JUGA : MY STR SEMAK STATUS BAYARAN FASA 2 2026

PENGENALAN BANTUAN JOHOR

Bantuan Kasih Johor 2026 ialah inisiatif kebajikan utama Kerajaan Negeri Johor di bawah Belanjawan Johor 2026 yang memperuntukkan RM216.87 juta.

Program inklusif ini merangkumi 24 inisiatif yang menyasarkan seramai 585,054 rakyat daripada pelbagai latar belakang tanpa ada yang terkecuali.

MANFAAT BANTUAN JOHOR RM200

Antara manfaat yang Penerima bantuan JOHOR akan dapat ialah seperti berikut :

  • Menyalurkan hasil negeri kepada rakyat
  • Mengurangkan beban kos sara hidup
  • Menyokong golongan berpendapatan rendah
  • Memastikan kesejahteraan rakyat Johor terus terpelihara

JUMLAH BANTUAN JOHOR 2026

Di bawah Belanjawan Johor 2026:

Peruntukan KeseluruhanJumlah
Penerima
Skop Bantuan
RM216.87 jutaLebih 585,054 rakyat JohorSeluruh negeri Johor (24 inisiatif)

Peruntukan besar ini menunjukkan komitmen kukuh kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira latar belakang sosial dan ekonomi.

SENARAI LENGKAP BANTUAN JOHOR 2026

Berikut adalah senarai rasmi 24 kategori di bawah Bantuan Kasih Johor 2026:

  1. BKJ Ibu Tunggal Berdaftar YPKDT: 48,537 penerima.
  2. BKJ Penggerak Sakinah, Wanita & Hospital (YPKDT): 87 penerima.
  3. BKJ Pra Universiti (Tingkatan 6 & Asasi): 11,000 penerima.
  4. Bantuan Tunai One-Off Mahasiswa Anak Johor: 88,882 penerima.
  5. BKJ Pesakit Dialisis: 8,275 penerima.
  6. BKJ Penghidap Kanser: 3,301 penerima.
  7. BKJ Penerima Bantuan Bulanan Warga Emas: 35,404 penerima.
  8. BKJ Pelatih PDK Negeri Johor: 5,221 penerima.
  9. BKJ Penerima Bantuan Bulanan OKU: 28,686 penerima.
  10. BKJ KIR Miskin Tegar dan Miskin: 9,714 penerima.
  11. BKJ Southern Volunteers: 62,490 penerima.
  12. BKJ Pengawal Keselamatan, Pekerja Pembersihan Sekolah dan Pekerja Am SWM Warganegara Malaysia: 17,252 penerima.
  13. BKJ Anak Yatim Negeri Johor: 13,222 penerima.
  14. BKJ Veteran ATM & Pesara Polis: 49,714 penerima.
  15. BKJ Peserta PPR dan RSK: 30,000 penerima.
  16. BKJ Ketua Blok FELDA: 2,548 penerima.
  17. BKJ KIR Orang Asli: 5,041 penerima.
  18. BKJ Pembantu / Sukarelawan KEMAS B40 & M40: 1,173 penerima.
  19. BKJ Pegawai Masjid / Surau, Penggerak DUN, Guru Al-Quran, Guru Takmir serta Penyelia Al-Quran: 8,183 penerima.
  20. BKJ Pengamal Media Berdaftar Kelab Media Johor: 200 penerima.
  21. BKJ Penggiat Industri Pelancongan Johor: 1,350 penerima.
  22. BKJ Ketua Kampung, Ketua Masyarakat, Batin dan Pengerusi JPKOA: 873 penerima.
  23. BKJ Petani, Penternak dan Nelayan: 68,337 penerima.
  24. BKJ Pemandu e-hailing & p-hailing: 84,934 penerima.

SYARAT LAYAK BANTUAN JOHOR RM200

Penerima BKJ 2026, mestilah terdiri daripada kategori berikut :

  • Anak Kelahiran Negeri Johor; atau
  • Bermastautin di Johor;
  • Mempunyai lesen memandu dan permit/kad pendaftaran yang sah daripada agensi yang menyediakan perkhidmatan seperti :
    • Pemandu e-Hailing;
    • p-Hailing;
    • Pemandu Kereta Sewa/Teksi.
  • Berdaftar dalam pangkalan data yang disahkan oleh pihak berkuasa atau syarikat operator masing-masing.

CARA SEMAK KELAYAKAN BANTUAN JOHOR

Status kelayakan penerima Bantuan Kasih Johor, Fasa 3 boleh di semak secara online seperti berikut :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Bantuan Kasih Johor Fasa 3 di : https://bkj.paj.com.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Masukkan Nombor MyKad anda yang diisi tanpa (-) di ruangan yang telah disediakan.
  4. Seterusnya, tekan butang (Semak Status).
  5. ⁠Sekiranya berjaya, anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
  6. “Sukacita memaklumkan bahawa anda berjaya menerima Bantuan Tunai One-Off RM 200 Pemandu E-Hailing, P-Hailing & Pemandu Teksi Fasa 3.”
  7. Tarikh dan Lokasi agihan mengikut kawasan DUN masing-masing juga akan dipaparkan.
  8. Cetak dan simpan salinan maklumat sebagai rujukan semasa pengambilan bantuan di DUN.
  9. ⁠Selesai.

TARIKH DAN JUMLAH BANTUAN

Bantuan akan dilaksanakan secara one-off seperti berikut :

TARIKH BAYARANJUMLAH BANTUAN
Bayaran dianggarkan akan
dilaksanakan pada Mac 2026, dan akan
dikemas kini dari semasa ke semasa
RM200
(dibayar secara
one-off)

SOALAN LAZIM (FAQ)

Berikut adalah soalan yang selalu ditanya tentang Bantuan Johor 2026 :

  1. Adakah bantuan ini hanya untuk rakyat Johor?
    • Bantuan Kasih Johor 2026 adalah khusus untuk rakyat atau individu yang berdaftar dan menetap di Negeri Johor mengikut kategori yang ditetapkan.
  2. Adakah Bantuan Kasih Johor 2026 diberi secara tunai?
    • Bentuk bantuan bergantung kepada kategori. Sebahagiannya adalah bantuan tunai one-off manakala sebahagian lagi berbentuk bantuan kebajikan bersasar.
  3. Bagaimana cara mengetahui status kelayakan BKJ 2026?
    • Status kelayakan boleh diketahui melalui:
      • Portal rasmi yang diumumkan
      • Agensi berkaitan
      • Pengumuman rasmi Kerajaan Negeri Johor
  4. Adakah Bantuan Kasih Johor 2026 akan diteruskan pada tahun berikutnya?
    • Pelaksanaan pada tahun berikutnya bergantung kepada pengumuman rasmi dan peruntukan Belanjawan Negeri Johor pada masa akan datang.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan Kasih Johor 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment