BANTUAN RM100 MYKAD 2025 – CARA TEBUS & SEMAKAN BAKI KREDIT ANDA
September 2025 Kerajaan Malaysia meneruskan inisiatif Bantuan RM100 MyKad untuk membantu rakyat membeli barang keperluan asas. Bantuan ini disalurkan melalui program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih dan dimasukkan terus ke dalam MyKad penerima.
Artikel ini akan menerangkan cara menggunakan bantuan ini, menyemak baki kredit, dan mengingatkan tentang tarikh akhir penggunaan.
Baca Juga : BANTUAN MYKASIH RM300 (SEMAK KELAYAKAN & STATUS BAYARAN)
APA ITU BANTUAN RM100 MYKAD?
Bantuan RM100 MyKad ialah satu inisiatif kerajaan di bawah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025. Tujuannya adalah untuk :
- Mengurangkan beban kos sara hidup golongan berpendapatan rendah.
- Memberi kredit bulanan antara RM100 – RM200 ke dalam MyKad penerima.
- Membenarkan pembelian barang keperluan asas tanpa tunai di kedai yang bekerjasama dengan MyKasih seperti kedai runcit, pasar raya, dan mini market terpilih.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RM100 MYKAD
Menurut portal rasmi STR kelayakan adalah automatik jika anda :
| Kategori | Kelayakan |
|---|---|
| Isi Rumah | Penerima STR 2025 yang disenaraikan sebagai berpendapatan rendah dalam eKasih. |
| Warga Emas Tiada Pasangan | Berumur 60 tahun ke atas, penerima STR dan disenaraikan dalam eKasih. |
| Bujang | Berumur 21 tahun ke atas, penerima STR dan disenaraikan dalam eKasih. |
Nota : Tiada pendaftaran baharu diperlukan. Jika anda layak STR dan eKasih, bantuan akan dimasukkan secara automatik.
CARA MENGGUNAKAN BANTUAN RM100 MYKAD
Penggunaan bantuan ini sangat mudah kerana ia dimasukkan terus ke dalam MyKad anda dan boleh digunakan di kedai dan pasar raya yang berdaftar dengan MyKasih.
Cara guna bantuan :
- Pergi ke pasar raya atau kedai yang terima MyKasih.
- Beli barang keperluan asas yang termasuk dalam program SARA.
- Bagi MyKad anda semasa membuat pembayaran.
- Jumlah bantuan akan ditolak terus daripada kredit yang anda ada.
Bantuan ini hanya untuk beli barang keperluan asas sahaja, dan tidak boleh ditukar kepada tunai.
CARA SEMAK BAKI KREDIT BANTUAN RM100 MYKAD
Anda boleh menyemak baki secara dalam talian atau di kedai :
- Melalui Portal MyKasih :
- Layari https://www.mykasih.com.my/
- Pilih “Sema Kelayakan” dan masukkan nombor MyKad.
- Paparan akan menunjukkan baki semasa anda.
- Semakan di Kedai/Pasar Raya berdaftar :
- Minta juruwang untuk menyemak baki sebelum membeli barang.
- Slip baki akan diberikan untuk rujukan anda.
- Melalui Aplikasi MyKasih :
- Muat turun aplikasi MyKasih dari Play Store / App Store.
- Log masuk menggunakan nombor MyKad.
- Semak baki bantuan dengan mudah di paparan utama.
SENARAI KEDAI/PASAR RAYA RAKAN NIAGA MYKASIH
Antara kedai yang menerima kredit MyKasih :
- Mydin
- Econsave
- Pasar Raya Giant
- Lotus’s
- Speedmart99
- dan beberapa kedai runcit komuniti terpilih.
Senarai penuh kedai boleh dilihat di laman rasmi MYKASIH.
TIPS PENGGUNAAN BANTUAN MYKAD
- Gunakan sebelum tarikh luput
- Beli barang keperluan asas sahaja. Pembelian lain tidak dibenarkan.
- Simpan resit pembelian untuk semakan baki.
SOALAN LAZIM (FAQ)
Tidak perlu. Kelayakan dinilai secara automatik melalui data STR & eKasih.
Tidak. Bantuan ini bukan tunai, hanya untuk pembelian barang asas.
Buat laporan segera kepada JPN dan dapatkan MyKad gantian untuk memindahkan baki.
INFO & MAKLUMAT LANJUT
Untuk memastikan informasi yang tepat dan dikemas kini, semua maklumat dalam artikel ini diperoleh daripada portal rasmi bantuantunai dan mykasih. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila :
- Hubungi LHDN / Bantuan Tunai di 1-800-88-2747 (Isnin–Jumaat, 9.00 pagi – 5.00 petang).
- Hantar Emel ke : [email protected]
- Atau terus lawati portal rasmi MyKasih untuk semakan status terkini.