BANTUAN SABAH 900 : 2025 SEMAKAN STATUS PENERIMA

BANTUAN SABAH 900 : 2025 SEMAKAN STATUS PENERIMA

Majoriti kawasan di Negeri Sabah mempunyai peratusan rakyat yang berpendapatan rendah di bawah garis kemiskinan nasional. Oleh itu, sebagai tanda prihatin kerajaan terhadap rakyat Sabah, Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR) disalurkan secara sekaligus setiap tiga (3) bulan sebanyak RM900.

Bagaimanakah cara Semakan Bantuan Sabah 900? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir atrikel.

BACA JUGA : SEMAK BANTUAN SARA 2025 : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA

APA ITU BANTUAN SABAH

SYUKUR Sabah merupakan bantuan tunai yang diberikan kepada isi rumah yang layak dengan matlamat utama mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Sabah. Bantuan ini disalurkan secara sekaligus untuk tempoh tiga bulan, memberi nilai sebanyak RM900 kepada setiap penerima, termasuk bayaran bagi bulan April, Mei, dan Jun 2025.

KELAYAKAN SYUKUR SABAH 2025

Berikut merupakan syarat-syarat layak untuk memohon bantuan SYUKUR seperti dibawah :

  • > 18 tahun sebelum 31 Disember 2024
  • Warganegara Malaysia
  • Pemegang kad pengenalan (berstatus H)
  • Beralamat dan bermastatutin di negeri sabah > 1 tahun.
  • Ketua isi rumah (KIR) miskin atau miskin tegar dalam data ekasih setakat 31 Disember 2024.

SEMAKAN BANTUAN SABAH 900

Anda boleh melakukan semakan status kelayakan program bantuan SYUKUR 2025 ini dengan mengikuti enam langkah mudah di bawah :

  • Layari Portal Rasmi Online : SYUKUR SABAH.
  • Untuk Semakan Status, sila lihat bahagian Semakan Permohonan di sebelah kiri skrin.
  • Tekan butang Semak.
  • Pengguna akan dibawa ke laman rasmi SYUKUR.
  • Masukkan nombor MyKad di ruangan yang disediakan dan klik Semak.
  • ⁠Status Kelayakan Permohonan anda akan dipaparkan di sini.

*NOTA: Anda juga boleh melakukan semakan dengan mudah menggunakan aplikasi YONO.

TARIKH BAYARAN BANTUAN SABAH

Rujuk jadual bayaran yang disediakan di bawah untuk mengetahui anggaran bulan pembayaran bantuan ini dilakukan:

FASA AGIHANTARIKH AGIHAN BAYARAN
FASA 1Pembayaran bermula
19 februari 2025 (rabu)
FASA 2Pembayaran bermula
April 2025
FASA 3Pembayaran bermula
Jul 2025
FASA 4Pembayaran bermula
Okt 2025

CARA BAYARAN SYUKUR 2025

Pembayaran syukur diagihkan melalui 3 cara iaitu seperti berikut :

  • Disalurkan terus ke akaun bank penerima;
  • Secara Tunai (CASH) dibank yang terpilih;
  • Dikreditkan kedalam Ewallet YONO.

RUJUKAN

Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lagi tentang SYUKUR 2025 ini anda boleh hubungi pihak bertanggungjawab di talian berikut:

  • Hotline Program Sentuhan Kasih Rakyat Negeri Sabah:
  • Talian Telefon:088 338 338
  • Talian Whatsapp :0105828207

Leave a Comment