BANTUAN SARA MYKASIH DISEMBER MULA DISALURKAN : SEMAK STATUS SEKARANG
Duit Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) dikreditkan dalam IC (Kad Pengenalan) 5.4 juta penerima yang layak kini memasuki fasa yang terakhir pada tahun ini iaitu ‘Fasa Disember’ dan penerima perlu segera menggunakannya sebelum tamat tempoh.
Bagaimanakah Semakan bantuan sara mykasih disember mula disalurkan? Ikuti semakan lanjut di bawah.
BACA JUGA : PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA : (2026) CARA REGISTER BANTUAN
TARIKH BANTUAN SARA MYKASIH DISEMBER MULA DISALURKAN
Bayaran Bantuan SARA untuk Fasa Disember dimasukkan ke dalam IC setiap penerima mengikut tarikh seperti berikut :
| KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN SARA MYKASIH DISEMBER |
|---|---|
| Penerima Status Miskin & Miskin Tegar | 1 Disember 2025 (ISNIN) |
| Penerima Status Asas Bukan Miskin | 1 Disember 2025 (ISNIN) |
JUMLAH BAYARAN SARA MYKASIH DISEMBER
Berikut merupakan jumlah bayaran Bantuan SARA MyKasih dalam IC setiap kategori untuk Fasa Disember :
- Bayaran Dalam IC Penerima Status Miskin & Miskin Tegar :
- Isi Rumah : RM200.
- Warga Emas : RM150.
- Bujang : RM50.
- Bayaran Dalam IC Penerima Status Asas Bukan Miskin :
- Isi Rumah : RM100.
- Warga Emas : RM50.
- Bujang : Tiada.
SEMAK BAYARAN BANTUAN SARA MYKASIH DISEMBER
Bagaimanapun, status bayaran Bantuan SARA sama ada telah dimasukkan atau belum dalam IC untuk Fasa Disember boleh disemak seperti berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon pintar anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Anda akan dipaparkan dengan dua (2) pilihan menu, iaitu :
- [PENGHARGAAN SARA RM100 One-Off] dan [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100 One-Off].
- Pilih menu [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100One-Off] di bawah.
- Kemudian, pengenalan SARA akan dipaparkan, sila klik butang [TERUSKAN].
- Sila klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor IC pada ruang yang disediakan.
- Klik pada butang [Verify you are human].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan dan bayaran duit Bantuan SARA dalam IC akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA GUNA DUIT SARA MYKASIH DISEMBER
Penerima yang menerima bayaran Bantuan SARA MYKASIH boleh menggunakannya mengikut cara berikut :
- Sila bawa bersama IC penerima Bantuan SARA.
- Pergi ke pasar raya / kedai runcit yang berdaftar dengan SARA.
- Ambil barang keperluan asas yang mempunyai label SARA pada rak tanda harga.
- Berikan IC kepada juruwang yang bertugas untuk pengesahan.
- Juruwang akan sahkan baki yang ada dalam IC.
- Barang-barang yang diambil akan diimbas oleh juruwang.
- Duit Bantuan SARA yang ada dalam IC akan ditolak untuk sahkan bayaran.
- Jika melebihi baki yang ada, penerima perlu membuat bayaran tunai.
- Resit dan IC akan diberikan.
BARANGAN SARA MYKASIH DISEMBER
Pengkreditan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui Mykad membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas seperti :
- Produk Kebersihan: Colgate / Kotex / Detol
- Ubat-ubatan: Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
- Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata / Staedtler / Canggih
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / TC Boy / King Cup
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
- Produk Kebersihan Rumah: Sabun Pencuci / Pencuci Lantai / Pencuci Pinggan.
SOALAN LAZIM (FAQ) SARA MYKASIH DISEMBER MULA DISALURKAN
Berikut adalah soalan yang diajukan tentang SARA MYKASIH Disember 2025:
- Apa jenis barangan keperluan asas yang boleh dibeli?
- Hanya barangan asas rumah yang diluluskan kerajaan.
- Sayur, ikan, ayam boleh beli?
- Tidak, semua barangan segar tidak termasuk.
- Di mana boleh guna bantuan SARA 2025 ini?
- Di pasar raya & kedai runcit berdaftar dengan MyKasih.
- Penerima bantuan perlu akaun bank?
- Tidak perlu, bantuan disalurkan ke MyKad.
- Boleh dapat SARA bulanan & one-off serentak?
- Ya, jika tersenarai dalam kedua-dua kategori.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Pertanyaan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]