BANTUAN SKAS SARAWAK 2025 – SEMAKAN SENARAI TERKINI PENERIMA

BANTUAN SKAS SARAWAK 2025 – SEMAKAN SENARAI TERKINI PENERIMA

Kerajaan Sarawak menyediakan Bantuan SKAS 2025 (Sumbangan Keperluan Asas Sarawak) untuk membantu golongan berpendapatan rendah, warga emas, dan individu bujang yang layak. Bantuan ini akan disalurkan secara automatik kepada penerima STR Fasa 4, 2024.

Baca Juga : SARA RM100 One Off (Senarai Barang Yang Boleh Dibeli Guna MyKad)

Jumlah Bantuan SKAS 2025

  • Isi Rumah : RM800
  • Warga Emas : RM400
  • Bujang / OKU : RM250

Jadual Penting

  • Tarikh Mula Pembayaran : 18 Februari 2025
  • Cara Pembayaran : E-baucar melalui aplikasi S Pay Global
  • Tempoh Rayuan : 1 Februari – 31 Mac 2025

Semakan Status Penerima SKAS 2025

  • Akses portal Service Sarawak.
  • Log masuk menggunakan Sarawak ID anda.
  • Pilih “Check Eligibility”.
  • Masukkan nombor MyKad untuk mengetahui status kelayakan.

Cara Menebus Bantuan SKAS

  1. Muat turun aplikasi S Pay Global dari Google Play atau App Store.
  2. Daftar dan lengkapkan e-KYC.
  3. Anda akan menerima notifikasi SKAS dalam aplikasi.
  4. Tekan “Acknowledge” untuk mengkreditkan dana ke akaun anda.
  5. Gunakan dana tersebut di kedai runcit yang berdaftar.

Soalan Lazim (FAQ)

Perlu memohon?

Tidak, bantuan diberikan automatik kepada penerima STR Fasa 4.

Bila bantuan akan diterima?

Bermula 18 Februari 2025.

Bagaimana jika tidak tersenarai?

Anda boleh membuat rayuan dalam talian sebelum 31 Mac 2025.

SKAS SARAWAK 2025

Bantuan SKAS Sarawak 2025 bertujuan meringankan beban kewangan, dengan jumlah bantuan sehingga RM800. Semak status anda dan pastikan akaun S Pay Global anda aktif untuk menggunakan bantuan ini dengan mudah.

Rujukan & Maklumat Lanjut

Maklumat yang dinyatakan di atas adalah berdasarkan rujukan daripada Portal Rasmi SKAS. Jika terdapat pertanyaan atau isu berkaitan Bantuan ini, sila hubungi pihak berwajib seperti di bawah :

Leave a Comment