BANTUAN TUNAI STR 2026 – SEMAKAN, KEMASKINI & PERMOHONAN
Semakan kelayakan, kemaskini maklumat, dan permohonan baru Bantuan Tunai STR 2026 boleh dibuat secara dalam talian mulai 13 Oktober 2025 di portal rasmi MYSTR.

Ikuti panduan dalam artikel ini bagi memastikan anda dapat menerima Sumbangan Tunai Rahmah STR 2026 dengan lancar.
APA ITU BANTUAN STR?
Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2026) ialah bantuan kewangan kerajaan kepada golongan B40 dan M40 untuk meringankan kos sara hidup.
Ia kesinambungan BPR dan BSH, dengan peruntukan RM13 bilion pada 2025, memberi manfaat kepada 9 juta rakyat atau 60% penduduk dewasa.

STR diiringi dengan inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA), iaitu kredit pembelian barangan keperluan asas yang diberikan secara bulanan.
STR dan SARA disasarkan kepada :
- Isi rumah berpendapatan bulanan bawah RM2,500 atau antara RM2,501 hingga RM5,000.
- Warga emas tiada pasangan berpendapatan ≤ RM5,000.
- Individu bujang berpendapatan ≤ RM2,500 yang menepati kriteria kelayakan (bukan pelajar sepenuh masa).
Baca Juga : Bantuan SARA MyKasih 2025
KADAR / JUMLAH BANTUAN STR 2026
Bantuan Tunai STR untuk semua kategori isi rumah (berkahwin) telah dikurangkan jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya.
Sebagai ganti pengurangan itu, bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dinaikkan kepada RM1,200 setahun (RM100 sebulan) untuk semua isi rumah penerima STR.
- Isi Rumah B40 : Jumlah bantuan tahunan (STR + SARA) berpendapatan bulanan < RM2,500 boleh mencecah :
- RM1,900 (tanpa anak)
- RM2,400 (1 – 2 anak)
- RM2,900 (3 – 4 anak)
- RM3,400 (5 anak ke atas)
- Isi Rumah M40 : Berpendapatan RM2,501 – RM5,000, jumlah bantuan tahunan ialah :
- RM1,400 (tanpa anak)
- RM1,650 (1 – 2 anak)
- RM1,900 (3 – 4 anak)
- RM2,150 (5 anak ke atas)
- Penerima dari kategori miskin/miskin tegar e-Kasih boleh layak dapat tambahan SARA sehingga RM200 sebulan (RM2,400 setahun).
- Warga Emas Bujang : Berpendapatan bawah RM5,000 akan mengekalkan kadar STR sebanyak RM600 dengan peningkatan SARA daripada RM450 kepada RM600 setahun.
- Individu Bujang : Di bawah 60 tahun tidak lagi menerima STR tunai, sebaliknya menerima bantuan dalam bentuk kredit SARA sebanyak RM600 setahun.

CARA DAFTAR AKAUN MySTR 2026
Semua pemohon perlu mendaftar akaun MySTR yang baharu, termasuk mereka yang sudah mempunyai akaun pada tahun-tahun sebelumnya. Untuk daftar akaun MySTR anda, ikuti langkah-langkah di bawah :
- Layari portal MySTR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik pada butang “Log Masuk”.
- Klik ‘Daftar Pengguna Baharu’.
- Pengesahan soalan keselamatan akan dipaparkan. Klik butang ‘Seterusnya’.
- Masukkan Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan.
- Klik butang ‘Daftar Akaun’.
LOGIN MySTR 2026
Menu Log Masuk MySTR merupakan kemudahan secara dalam talian untuk kemas kini permohonan dan semakan STR 2026. Setelah anda menyelesaikan proses pendaftaran di atas, anda boleh login ke dalam akaun anda dengan cara berikut :
- Masukkan nombor kad pengenalan anda di portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah
- Klik butang “Log Masuk”
- Kemudian, klik “Semak” setelah memastikan nombor kad pengenalan anda betul.
- Klik “Ya” sekiranya kata kunci keselamatan anda betul.
- Masukkan kata laluan, dan klik “Log Masuk”
- Selesai.

Sekiranya anda telah memohon STR, status permohonan anda akan dipaparkan di bahagian “Semakan Permohonan” seperti dalam gambar di atas.
PANDUAN KEMASKINI MAKLUMAT STR 2026
Siapa Perlu Kemaskini Maklumat STR?
- Jika permohonan anda ada dalam portal STR, anda perlu mengemas kini jika ada perubahan pada maklumat anda.
- Anda juga perlu mengemaskini permohonan jika sudah tiga tahun tidak dikemaskini sejak BKM 2022, STR 2023, 2024 dan 2025 dilaksanakan. Ini bagi memastikan permohonan anda dipertimbangkan.
- Tidak perlu kemaskini jika tiada perubahan maklumat.
- Warga Emas dan penduduk Pedalaman juga tidak perlu kemaskini jika tiada perubahan maklumat.
Tetapi, jika permohonan anda tiada dalam portal STR, anda perlu membuat permohonan baharu.
Jangan lupa kemaskini maklumat STR anda bermula 13 Oktober 2025 hingga 28 November 2025 untuk mendapat kelulusan STR FASA 1 2026.
MUAT TURUN PDF PANDUAN KEMASKINI MAKLUMAT STR 2026 :
PANDUAN PERMOHONAN BARU STR 2026
Untuk memohon melalui Portal STR 2026, sila rujuk langkah-langkah berikut :
Permohonan Secara Online
- Layari Portal STR 2026 di pautan berikut : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang “Permohonan Baharu”.
- Pilih sama ada ingin meneruskan permohonan dengan MyDigital ID (imbas kod QR) atau klik ‘Ya, Teruskan’ untuk permohonan biasa tanpa MyDigital ID
- Lengkapkan maklumat pemohon isikan nombor MyKad anda dan tekan butang “Semak” untuk pengesahan awal.
- Isi semua maklumat peribadi, maklumat tanggungan, pendapatan, maklumat bank dan alamat emel yang diperlukan dalam borang permohonan.
- Muat naik dokumen sokongan seperti salinan MyKad, sijil nikah, sijil kelahiran anak, bukti pendapatan atau dokumen berkaitan sekiranya diminta
Permohonan Baru STR 2026 Secara Manual
Pemohon boleh muat turun Borang BK-01 untuk permohonan STR 2026. Kaedah penghantaran borang STR 2026 yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan berkaitan boleh :
- Diserahkan ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL; atau
- Penghantaran secara Pos terhad kepada borang permohonan yang diterima ke alamat : Peti Surat STR, GPO Shah Alam, 40800 Shah Alam, SELANGOR ; atau
- Sekretariat STR, Pejabat STR, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia, Presint 2, 62592 PUTRAJAYA
Nota : Penghantaran borang secara faks dan e-mel adalah tidak diterima
Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut :
- Pemohon :
- Salinan Sijil Perkahwinan dari Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
- Salinan Sijil Kematian pasangan dari JPN; atau
- Sijil Perceraian / Pembubaran Perkahwinan (salinan asal dan salinan) dari Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
- Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak dari Mahkamah; atau
- Salinan Kad OKU dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk pemohon berumur 19 – 20 tahun pada tahun 2026.
- Pasangan :
- Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan.
- Anak :
- Anak Kandung:
- Salinan Sijil Lahir; dan
- Salinan MyKad / MyKid.
- Anak Angkat :
- Salinan MyKad / MyKid; dan
- Salinan Sijil Daftar Anak Angkat dari JPN.
SOALAN LAZIM (FAQ)
Salinan MyKad pemohon, pasangan, sijil perkahwinan, dokumen pendapatan dan sokongan lain jika perlu.
Ya, selain online, permohonan boleh dibuat di cawangan LHDN, Pusat Khidmat Hasil, atau UTC.
Pemohon pertama kali atau mereka yang gagal kelayakan tahun sebelum perlu buat permohonan baharu secara online atau manual.
Permohonan baharu dan kemas kini kelayakan untuk STR 2026 Fasa 1 boleh dibuat mulai 13 Oktober 2025 hingga 28 November 2025.
Pemohon berisiko tidak layak menerima bantuan STR pada tahun berikutnya kerana maklumat lama mungkin tidak mencerminkan status semasa.
MAKLUMAT & INFO LANJUT
Untuk mengetahui maklumat terkini mengenai STR 2026, anda boleh ikuti dan layari :
- Talian Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi Talian MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang)
- Laman rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Facebook Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)