BANTUAN WARGA EMAS 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA

BANTUAN WARGA EMAS 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA

Bagi memastikan kebajikan warga emas terus terpelihara, khususnya golongan yang benar-benar memerlukan, bantuan kepada warga emas yang layak telah ditambah baik dengan peningkatan kadar bayaran bulanan bagi menyokong kelangsungan hidup mereka dalam komuniti setempat.

Bagaimanakah semakan bantuan warga emas 2025? Ikuti info lanjut disini.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN JKM 2025 – 11 JENIS BANTUAN YANG ANDA BOLEH DAPATKAN SEKARANG!

SYARAT BANTUAN WARGA EMAS

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berusia 60 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; atau
  • Warga Emas yang tiada anak (sebatang kara) layak dipertimbangkan sekiranya tinggal bersama/ menumpang ahli keluarga lain / penjaga yang mempunyai pendapatan melebihi PGK Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa / PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; dan
  • Warga emas yang bukan tinggal di institusi kendalian JKM atau Pusat jagaan harian / berkediaman (yang menerima Geran Rangsum) dan memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma.
  • Kes-kes yang melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa atau lain-lain perkara yang munasabah dan berkeperluan, boleh dipertimbang dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri / Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Labuan (PKMN / WPKL / WPL).

JUMLAH BAYARAN BANTUAN WARGA EMAS

Jumlah bayaran bantuan warga emas (BWE) boleh disemak seperti berikut :

JENIS BANTUANKADAR BAYARANKAEDAH BAYARAN
Bantuan Warga
Emas (BWE)
RM600.00
setiap bulan
Pengkreditan terus ke
akaun bank penerima atau
tunai di Pejabat JKM yang
berhampiran jika tidak mempunyai akaun bank

CARA PERMOHONAN BANTUAN WARGA EMAS

Kaedah permohonan BWE 2025 seperti berikut:

  • Permohonan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian ; atau
  • Permohonan secara dalam talian (online).

CARA PERMOHONAN SECARA ONLINE :

Panduan lengkap pendaftaran BWE seperti berikut:

  1. Layari portal rasmi eBantuanJKM, di pautan https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan
  3. Klik Butang [Daftar Permohonan Atas Talian].
  4. Pilih [Negeri] dan [Daerah] mengikut tempat tinggal anda.
  5. Kemudian, pilih [Mukim].
  6. Pemohon hendaklah mengisi maklumat [Nama Penuh, No. Kad Pengenalan Baru] seperti yang tercatat dalam Kad Pengenalan.
  7. Masukkan Kod Pengesahan seperti yang disediakan.
  8. Seterusnya, Klik Butang [Daftar].
  9. Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan, dan pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
  10. Selesai.

DOKUMEN SOKONGAN BANTUAN WARGA EMAS

Berikut merupakan dokumen yang diperlukan semasa mengemukan permohonan :

  • Salinan MyKad pemohon,
  • Salinan MyKad / MyKid ahli keluarga yang tinggal bersama,
  • Surat Penyata pendapatan daripada majikan; atau
  • Akaun pendapatan daripada penghulu / penggawa, / ketua kampung / JPKK / MPKK (Lampiran: Borang pengesahan pendapatan / Pekerjaan) jika bekerja sendiri; atau
  • Pesuruhjaya Sumpah (jika bekerja sendiri); atau
  • Salah satu salinan bil utiliti seperti bil air / elektrik / telefon / Astro (bagi tujuan pengesahan alamat);
  • Salinan Penyata akuan bank terkini / slip pengesahan akaun bank terkini; dan
  • Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan (jika perlu)

SOALAN LAZIM (FAQ)

Berikut merupakan solan lazim (FAQ) mengenai BWE 2025 :

  1. Berapa jumlah BWE?
    • Jumlah bantuan bagi tahun 2025 kini ditingkatkan kepada RM600 sebulan berbanding sebelum ini hanya RM500 sebulan.
  2. Siapa yang boleh mohon bantuan ini?
    • Warganegara Malaysia berumur 60 tahun ke atas yang tiada pendapatan tetap.
  3. Bagaimana cara mohon BWE?
    • Permohonan boleh dibuat secara online melalui portal eBantuan JKM atau di pejabat JKM berhampiran.
  4. Adakah bantuan ini automatik untuk semua warga emas?
    • Tidak. Pemohon perlu mengemukakan permohonan dan melalui proses saringan kelayakan.
  5. Bagaimana semak status permohonan?
    • Semakan boleh dibuat secara online menggunakan nombor MyKad di portal eBantuan JKM.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berdekatan.

  • Talian Bantuan : 03 – 8000 8000

Leave a Comment